Kolej Yayasan Sabah tawar program kemahiran

Kolej Yayasan Sabah tawar program kemahiran

Kolej Yayasan Sabah akan membuka pintu kepada lepasan SPM dan STPM untuk menimba ilmu dalam bidang kemahiran.

Kolej Yayasan Sabah (KYS) akan menawarkan pelbagai program kepada para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STMP) terutama bagi mereka yang berminat dalam bidang kemahiran.

Ketua Pegawai Eksekutif KYS, Dr. Dayang Aminah Ali (gambar) berkata bahawa pihaknya mengalu-alukan para pelajar yang tidak mendapat tempat di mana-mana insitusi pengajian institusi tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS), dan yang berminat dalam bidang kemahiran agar menimba ilmu di kolej tersebut.

Dayang berkata, “KYS menawarkan Diploma Animasi dan Diploma Multimedia selama tiga tahun. Ia merupakan kerjasama antara kita dengan Universiti Kuala Kumpur (UniKL).”

“Selain dua kursus baru itu, KYS turut menawarkan program Diploma Teknologi Automotif, Diploma Teknologi Binaan Bangunan, Sijil Keusahawanan, Sijil Kewartawanan dan Sijil Operasi Perhotelan,” kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan disini hari ini.

See also  APU educators assume leadership roles in AMER

Beliau menjelaskan bahawa pada masa ini, kumpulan sasar KYS adalah pelajar yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah tetapi berpotensi untuk meningkatkan ekonomi keluarga dengan kemahiran yang ada.

Pelbagai kemudahan pinjaman seperti Yayasan Sabah, MARA, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta biasiswa dan geran daripada kerajaan ditawarkan bagi membantu pelajar mengikuti program di KYS, ujar beliau.

KYS akan menjelajah semua daerah di Sabah melalui program KYS@Jelajah Daerah yang sedang dijalankan sepanjang bulan ini iaitu di Kudat pada Labuan pada 26 Mac ini, kata Dayang lagi sambil menambah bahawa ia adalah peluang kepada pihak institusi pendidikan tersebut memperkenalkan kursus-kursus baru kepada lepasan SPM dan STPM.

See also  APU student's sustainable washroom design wins award

Gary Louis Supi