Kejohanan MSS daerah Lahad Datu meriah

Kejohanan MSS daerah Lahad Datu meriah

SMK Desa Kencana, Lahad Datu menjadi johan keseluruhan Kejohanan Padang dan Balapan MSS Daerah Lahad Datu ke-3 dengan mengondol 27 pingat emas, 23 perak dan 14 gangsa. Mereka juga menyapu bersih anugerah olahragawan dan olahragawati bagi keempat-empat kategori yang dipertandingkan.

Kejohanan Padang dan Balapan MSS Daerah Lahad Datu ke-3 yang berlangsung daripada 8 hingga 10 Mac 2011 berakhir dengan meriah di padang SMK Desa Kencana, Lahad Datu.

Sebanyak sembilan kontinjen sekolah menengah dari sekitar daerah Lahad Datu telah menyertaï kejohanan tersebut.

ADUN  Tungku, Suhaili Bin Mohd Said,  dalam ucapan perasmiannya berkata; “Sukan adalah kesihatan, dan sukan adalah aset yang berguna untuk semua orang”.

Beliau juga turut mencadangkan agar sukan futsal antara sekolah-sekolah diperkenalkan di daerah Lahad Datu, kerana Felda Sahabat memiliki prasarana yang lengkap untuk sukan tersebut.

Juara keseluruhan MSS Daerah Lahad Datu Kali Ke-3 ini ialah SMK Desa Kencana dengan 27 pingat emas, 23 perak dan 14 gangsa; diikuti oleh SMK Sepagaya (12 emas, 5 perak, 3 gangsa) dan SMK Agaseh (9 emas, 7 perak, 13 gangsa).

See also  IRONMAN 70.3: Desaru Coast to host "Torture Camp"

Atlet daripada SMK Desa Kencana telah berjaya menggondol Anugerah Olahragawan dan Olahragawati bagi keempat-empat kategori, iaitu Lelaki 15, Lelaki 18, Perempuan 15 dan Perempuan.

Mohd Adlan Mohd Shariffuddin