Seledup diesel 2,000 liter

Seledup diesel 2,000 liter

Lima awak-awak tempatan ditahan Agensi?Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) ketika cuba menyeludup keluar 2,000 liter?diesel dengan dua bot ke negara jiran di perairan Kuala Perlis semalam.

Lima awak-awak tempatan ditahan Agensi? Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) ketika cuba menyeludup keluar 2,000 liter? diesel dengan dua bot ke negara jiran di perairan Kuala Perlis semalam.

Dua awak-awak berumur 27 dan 47 tahun ditahan pada kedudukan 1.2 batu?nautika dari pantai Kuala Perlis pada pukul 2.35 petang dan dua jam selepas itu?tiga awak-awak berumur antara 23 dan 64 tahun ditahan di 2.5 batu nautika dari?Pantai Kuala Perlis.? Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 1 Langkawi Kapt (Maritim ) Abdul Rahim?Abdullah berkata pihaknya merampas 2,000 liter bersubsidi, masing-masing 1,000?liter daripada setiap bot itu.

“Kami percaya diesel yang dibawa dalam kedua-dua bot yang diubahsuai itu?adalah untuk diseludup dan ketika dikesan kedua-dua bot itu menuju ke perairan?sempadan,” katanya.

Beliau berkata mereka yang ditahan itu diserah kepada Kementerian?Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan?lanjut.

– Bernama