Penduduk rayu bina dewan komuniti

Penduduk rayu bina dewan komuniti

Penduduk Damansara Damai menggesa pihak berwajib membina sebuah dewan komuniti bagi memudahkan mereka melaksanakan program kemasyarakatan di kawasan penempatan mereka.

Penduduk Damansara Damai menggesa pihak berwajib membina sebuah dewan komuniti bagi memudahkan mereka melaksanakan program kemasyarakatan di kawasan penempatan mereka.

Wakil penduduk, B Parameswaran berkata ia berikutan masyarakat setempat menghadapi kesukaran untuk melaksanakan aktiviti dan program melibatkan seluruh komuniti.

“Kami mempunyai dewan di setiap pangsapuri tetapi tidak mampu untuk menampung sejumlah penduduk menghadiri sesuatu program di mana dewan kecil hanya mampu menampung 80 hingga 100 orang pada satu masa.

” Selain ruang terhad, kami turut menghadapi masalah pakir kenderaan serta terpaksa menyewa dewan untuk majlis keramaian diluar kawasan Sungai Buloh  sejak 8 tahun lalu,” katanya ditemui Komunitikini.

Parameswaran berkata, dianggarkan populasi penduduk Damansara Damai berjumlah kira-kira 80,000 orang.

Mengulas lanjut, menurutnya pihaknya juga pernah mengajukan masalah kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan dimaklumkan bahawa tanah di Damansara Damai dimiliki oleh syarikat pemaju MK Land.

“Apabila kami bertanyakan kepada pemaju pula, mereka tidak memberikan apa-apa penjelasan sehingga kini. Sampai bila kami harus menunggu.

” Kami berhak untuk mendapatkan sebuah dewan komuniti bagi membolehkan semua peringkat usia tanpa mengira bangsa dan kaum menggunakannya untuk majlis perkahwinan, sukaneka dan sebagainya,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau meminta campurtangan kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu tanah melibatkan MK Land dan pihak berkuasa tempatan (PBT).