Ewon: Perbanyakkan aktiviti kesihatan di luar bandar

Ewon: Perbanyakkan aktiviti kesihatan di luar bandar

Pemeriksaan dan rawatan kesihatan yang dibuat secara langsung di kampung-kampung oleh Jabatan Kesihatan adalah cara yang paling berkesan untuk menangani masalah kesihatan penduduk luar bandar.

Pemeriksaan dan rawatan kesihatan yang dibuat secara langsung di kampung-kampung oleh Jabatan Kesihatan adalah cara yang paling berkesan untuk menangani masalah kesihatan penduduk luar bandar.

Perkara ini diutarakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar  Sabah, Dr. Ewon Ebin, ketika berucap merasmikan program Kem Kesihatan anjuran bersama Jabatan Kesihatan Ranau dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKK) kampung Suminimpod, yang terletak kira-kira 12 kilometer dari pekan Ranau.

Justeru itu, beliau menyeru pihak Jabatan Kesihatan agar memperbanyakkan lagi program berbentuk kesihatan di kampung-kampung terpencil, bagi memastikan kesihatan penduduk di situ sentiasa berada ditahap yang baik.

Beliau yang berucap di di balairaya kampung terbabit, menyatakan bahawa program itu bukan sahaja membolehkan para pesakit dapat menjalani rawatan secara percuma, tetapi ia juga membantu pihak Jabatan Kesihatan didalam mengenalpasti tanda-tanda awal penyakit yang mungkin tidak disedari oleh mereka yang tidak berkesempatan mendapatkan rawatan di hospital.

See also  Alpro Pharmacy & TCI Gene partner for genetic testing

Menurut beliau, ramai penduduk luar bandar yang sakit tetapi tidak berkesempatan atau sengaja tidak ke hospital atas sebab tertentu seperti masalah tidak mampu, jarak yang jauh serta perhubungan yang tidak sempurna.

Oleh sebab itu, penduduk-penduduk kampung hanya menyedari akan kehadiran penyakit tersebut apabila berada diperingkat yang kronik, kata Ewon yang turut meminta masyarakat luar bandar supaya sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan di dalam hal menjaga kebersihan kampung seperti membina tandas dan tempat membuang sampah yang sempurna bagi menghapus tempat pembiakan serangga pembawa penyakit.

Ewon kemudiannya turut melawat tapak pembinaan pondok klinik bergerak kampung Suminimpod dan meluluskan peruntukan sebanyak RM5 ribu bagi tujuan membina tandas di bangunan tersebut.

Pegawai Jabatan Kesihatan Tuaran Dr. Koay Ting Khon yang mengetuai perlaksanaan kem tersebut pula berkata, program itu merupakan acara tahunan jabatan berkenaan yang dilaksanakan sebanyak lima kali dalam setahun.

See also  GSK urges adult vax awareness in aging Malaysia

Katanya, selain memberikan rawatan percuma dan rawatan awal mengesan tanda-tanda penyakit, kem itu juga bertujuan untuk mempromosikan kesihatan seperti mengadakan ceramah kesihatan seterusnya mengeratkan hubungan silaturahim diantara warga jabatan kesihatan dengan penduduk kampung.

Program satu hari tersebut, yang dikendalikan oleh seramai 40 orang kakitangan jabatan kesihatan, telah memberikan manfaat kesihatan kepada seramai 88 orang penduduk sekitar kampung Suminimpod yang datang untuk mendapatkan khidmat itu.

Menurut Kaoy lagi, khidmat lain yang diberi dalam program itu termasuklah pemeriksaan tekanan darah, gula dalam badan, ‘Pap Smear’, pengambilan sampel darah pesakit malaria, pencelupan kelambu berubat serta ceramah dan edaran risalah kesihatan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Politik dan Setiausaha Perhubungan Kementerian Japirin Sahadi dan Japari Yadam, Setiausaha Sulit Dallius Ubin, Pemimpin Kemajuan Rakyat Paginatan Jefrin Majangki dan pemimpin setempat.

Gary Louis Supi