Hamisa: Pinjam dari ‘Along’ bukan jalan mudah

Hamisa: Pinjam dari ‘Along’ bukan jalan mudah

Peniaga kecil-kecilan di daerah Tawau dinasihatkan agar tidak mengambil jalan singkat untuk menjalankan perniagaan mereka dengan meminjam daripada ceti haram (Along).

Peniaga kecil-kecilan di daerah Tawau dinasihatkan agar tidak mengambil jalan singkat untuk menjalankan perniagaan mereka dengan meminjam daripada ceti haram (Along).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Batu, Hamisa Samat, menegaskan bahawa khidmat ceti haram ini hanya akan menyusahkan mereka dan mendatangkan beban hutang yang berpanjangan.

Hamisa yang juga Ketua Wanita Umno Kalabakan berkata: “Saya akui ada penduduk di daerah ini menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman daripada bank, dan jalan yang paling cepat adalah dengan membuat pinjaman daripada along khususnya untuk dijadikan modal pusingan perniagaan.”

Masalah ini bermula apabila peniaga-peniaga ini telah ditolak permohonan pinjaman daripada institusi kewangan lalu berpaling kepada khidmat ceti haram atau along sebagai jalan mudah walaupun kadar pinjaman yang dikenakan adalah tidak munasabah.

Ceti-ceti haram tersebut pula turut mengambil kesempatan daripada kesusahan yang dialami oleh peniaga-peniaga tersebut dengan mengenakan kadar bunga yang tinggi.

Namun, apa yang kebanyakkan mereka harapkan dapat membesarkan perniagaan mereka dengan membuat pinjaman tersebut, ianya hanya menambahkan masalah kepada mereka mahupun keluarga mereka.

Terdapat banyak kes-kes dilaporkan mengenai peminjam-peminjam yang diugut, diancam, dicederakan, dipukul, ditampar dan dikurung apabila gagal membayar hutang mereka.

Mereka turut dimalukan apabila gambar mereka turut dilekatkan di tempat-tempat awam seperti stesen bas dengan memaklumkan kepada orang awam agar berhati-hati dengan orang tersebut.

Malahan keluarga peminjam-peminjam ini turut dijadikan sasaran ceti haram walaupun mereka tidak terlibat langsung dalam peminjaman wang tersebut.

“Ramai pihak yang membuat pinjaman dengan along telah menghadapi kesusahan sehingga terpaksa menjual harta benda untuk membayar hutang.” jelas Hamisa lagi selepas mengadakan Demostrasi Masakan di Kampung Tanjung Batu Keramat dekat sini, kelmarin.

Gary Louis Supi