Jakim akan banteras pluralisme

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengenalpasti kumpulan yang cuba menghidupkan fahaman pluralisme dan akan?menggandakan pemantauan secara berterusan bagi memastikan fahaman itu tidak ?wujud di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom berkata?tindakan drastik itu perlu memandangkan fahaman tersebut mampu mengundang bahaya?kepada kestabilan negara.

Katanya tidak dinafikan ada kelompok-kelompok tertentu cuba menggerakkan?fahaman tersebut di seluruh dunia dan Jakim akan mengambil tindakan segera bagi?membanteras aktiviti itu.

“Konsep pluralisme menyatakan semua agama adalah sama sedangkan di Malaysia?agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Agama Islam mempunyai hak-hak?keistimewaan dan fahaman pluralisme yang mahu menyamakan hak agama sama rata?adalah tidak wajar.

“Jakim, sebagaimana selalu saya tekankan, pemantauan dan pengintipan?terhadap hal-hal yang berhubungan dengan pluralisme ni sentiasa kita teruskan.

“Tidak sampai kepada serius tapi soal akidah ni kita tak nak sorang pun?orang kita terjejas dan juga terganggu akidah dia, sebab akibat dari ajaran yang?berlaku ni,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di?Kampung Sungai Rotan baru-baru ini.

Katanya apa yang dibimbangkan pluralisme ini akan dijadikan anutan baru dan?ia perlu disekat kerana jika dibiarkan ia akan mengancam perpaduan kaum serta?kekacauan yang menjurus kepada sensitiviti agama dan menjejaskan pemerintahan?sesebuah negara.

“Perdana Menteri juga mengingatkan kebimbangan bila kita meletakkan semua?sama rata ia akan menyebabkan soal kekacauan dan sensitiviti agama.

“Sekarang sudah mula berkembang anutan seperti ini dan lebih membimbangkan?anutan ini daripada kelompok-kelompok yang mempunyai hubungan-hubungan?besar…negara dan sebagainya, jadi kita nak segera membanterasnya dari?peringkat awal lagi…dari peringkat akar umbi,” katanya.

– Bernama