10,000 pembeli rumah di Kuala Selangor kerugian akibat projek terbengkalai

10,000 pembeli rumah di Kuala Selangor kerugian akibat projek terbengkalai

Kira-kira 10,000 pembeli rumah di Kuala Selangor mengalami kerugian apabila projek perumahan yang dirancang sejak 10 tahun lalu terbengkalai kerana menghadapi pelbagai masalah.

Kira-kira 10,000 pembeli rumah di Kuala Selangor mengalami kerugian apabila projek perumahan yang dirancang sejak 10 tahun lalu terbengkalai kerana menghadapi pelbagai masalah.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia melibatkan antara 10 hingga 12 projek perumahan yang diluluskan kerajaan negeri yang terdahulu menyebabkan pembeli menanggung kerugian.

Menurutnya, kerajaan negeri mengambil serius masalah ini dan akan cuba menyelesaikannya secara berperingkat menggunakan pelbagai cara termasuk mengambil alih tanah untuk pembangunan semula.

“Pengambilalihan tanah ini akan membolehkan kerajaan negeri membangunkan semula projek berkenaan seperti yang dilakukan di Bukit Botak dan Bandar Alam Perdana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis turun padang bersama ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan Penghulu Daerah Kuala Selangor, hari ini.

See also  Volunteers unite for largest Earth Day cleanup in Penang

Khalid berkata, Kerajaan Selangor telah mempermudahkan pemberian geran tanah kepada penduduk yang menduduki tanah itu selama lebih 15 tahun dan belum memiliki rumah.

Bagaimanapun, katanya, setiap pemohon hanya akan dibenarkan mendapat satu geran tanah bagi mengelak penyelewengan di samping memberi keadilan kepada mereka yang layak.

Dalam perkembangan berlainan, selepas mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan penghulu, menteri besar itu kemudiannya melawat pejabat JKKK Bukit Badong untuk mendengar taklimat berhubung pembangunan ekonomi dan aktiviti sosial di kawasan itu.

Khalid kemudian dibawa melawat premis membuat perabot, Idyan Jaya Enterprise, ladang arnab yang menternak lebih 30,000 arnab dari pelbagai spesis dan merasmikan sepak mula perlawanan akhir futsal liga tempatan.

See also  Malaysia ranks 4th globally in skyscraper count

Malah, beliau berharap majlis turun padang bersama JKKK dan penghulu akan diperluaskan ke semua daerah di Selangor untuk membolehkan pimpinan negeri mendapat gambaran sebenar masalah yang dihadapi penduduk.