Pengguna diperdaya pengusaha kenderaan terpakai

Pengguna diperdaya pengusaha kenderaan terpakai

Seorang pengguna mendakwa diperdaya pengusaha menjual kenderaan terpakai apabila wang pendahuluan RM2000 diberikan lesap begitu sahaja.

Seorang pengguna mendakwa diperdaya pengusaha menjual kenderaan terpakai apabila wang pendahuluan RM2000 diberikan lesap begitu sahaja.

Ketika ditemui Komunitkini baru-baru ini, Nuril Azrin Fadzil, 33, pada 6 Oktober lalu memberitahu isterinya telah membayar wang pendahuluan sebanyak RM2,000 untuk membeli kereta terpakai kepada salah sebuah pengusaha kereta beroperasi di Klang.

Menurutnya, pada awal pembayaran, jurujual menyatakan akan memulangkan wang sekiranya pinjaman sebanyak RM42,000 tidak diluluskan dan dijanjikan tempoh urusan dua minggu.

“Tetapi selepas dua minggu, beliau dihubungi jurujual menyatakan pinjaman hanya diluluskan sebanyak RM33,400 dan perlu menambah wang.

“Malah, ketika kami ingin meminta wang kembali, wakil penjual tidak mahu mengembalikan serta mengugut supaya melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa,”katanya.

Namun, beliau yang dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan wakil penjual melaporkan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna hanya sia-sia.

Jelasnya, semasa mengikuti perbicaraan, mahkamah tribunal memutuskan bahawa syarikat itu dikehendaki membayar balik RM1,000 kepada saya dalam masa 14 hari dari tarikh penganugerahan diserahkan pada 12 Januari lalu.

“Sehingga kini tiada sebarang pembayaran dilakukan oleh syarikat tersebut.

Di mana hak saya sebagai pengguna sekiranya tiada tindakan diambil ke atas syarikat tersebut, saya tidak mahu ramai lagi masyarakat di luar sana menjadi mangsa penipuan,”ujarnya.

Malah, Nuril memberitahu, apa yang menghairankan, semasa membuat laporan polis di ibu pejabat Kontinjen daerah Klang menyemak status premis mendapati sebanyak 17 kes penipuan dilaporkan.

Premis tiada lesen kenderaan terpakai

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata pihak polis melakukan siasatan ke atas premis tersebut mendapati sebanyak 17 berkaitan kes penipuan pada 2007 hingga 2009 dilaporkan.

Menurutnya, sebanyak 8 kes dibuka dibawah Seksyen 430 (KK) kes penipuan ke atas pengusaha syarikat.

“Cuma satu kes dirujuk kepada timbalan pendakwa raya tetapi tiada bukti kukuh untuk membawa kes ini ke mahkamah,” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini polis pernah mengambil tindakan mahkamah keatas pengusaha kerana mengambil pekerja asing tanpa menggunakan permit sah.

Tambahnya, bagaimanapun, syarikat ini mempunyai lesen berniaga tetapi setakat ini pihaknya tidak pernah meluluskan atau mengeluarkan lesen kereta terpakai kerana tidak mempunyai syarat cukup.

“Pengusaha ini juga pernah beberapa kali dikenakan saman kerana tidak memiliki lesen meniaga barang lusuh dan terpakai,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah jabatan perlesenan dan penjaja Majlis Perbandaran Klang (MPK), Azhar Samsudin berkata setelah semakan dibuat didapati premis tersebut mempunyai lesen perniagaan sejak tahun 2005.

Menurutnya, antara kandungan surat  dihantar kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu pada 8 Mac lalu menyatakan sepanjang tempoh tersebut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu tidak pernah mendapat sebarang aduan berhubung penyalahgunaan lesen atau apa-apa perlanggaran syarat terhadap pengeluaran lesen tersebut.

“Majlis hanya mengeluarkan lesen premis sahaja tertakluk kepada syarat-syarat pengeluaran lesen perniagaan, tred dan perindustrian MPK 2007,” ujarnya.

MPK tidak bertanggungjawab terhadap lain-lain perkara yang berada di luar bidang kuasa dan kes penipuan ini dicadangkan untuk dirujuk kepada pihak polis atau mana-mana agensi berkaitan, jelasnya lagi.