Baucer penginapan percuma untuk rakyat S`gor

Baucer penginapan percuma untuk rakyat S`gor

Kerajaan negeri menawarkan 10 baucer penginapan percuma sebagai inisiatif kepada rakyat Selangor menyertai program Himpunan Perdana JMB berlangsung Ahad ini.

Kerajaan negeri menawarkan 10  baucer penginapan percuma  sebagai inisiatif kepada rakyat Selangor menyertai program Himpunan Perdana JMB berlangsung Ahad ini.

Menerusi penganjuran ini, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Ir Iskandar Samad berkata ia secara tidak langsung dapat menarik penglibatan rakyat di negeri ini khususnya penghuni kediaman bertingkat.

Selain itu, menurutnya, pengunjung akan turut didedahkan dengan aktiviti ceramah penerangan berkaitan pengurusan JMB serta bengkel bagi membincang isu berkaitan kediaman bertingkat.

” Seramai 10 pengunjung bertuah berpeluang menginap selama dua hari satu malam di hotel De Palma, Selangor dengan pelbagai aktiviti menarik serta cabutan bertuah termasuk menyediakan makanan tengahari kepada tetamu yang hadir,” katanya dalam satu kenyataan media.

Program Himpunan Perdana JMB atau Badan Pengurusan Bersama merupakan anjuran kerajaan negeri dibawah Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka akan menyempurnakan majlis perasmian program Himpunan Perdana JMB  serta menyampaikan  hadiah pertandingan mencipta logo `Pangsapuri Kita Bersih, Ceria dan Harmoni` dihadiri lebih 3,000 penduduk.

Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahudddin Abdul Aziz, Shah Alam dipilih menjadi lokasi pertemuan bermula seawal jam 8.30 pagi hingga 4 petang.

Iskandar berkata, jawatankuasa itu menyediakan kaunter khidmat nasihat dan pameran dijangkakan melibatkan penyertaan wakil 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) setiap daerah bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat lanjut.

Terdahulu, program Himpunan Perdana JMB atau Badan Pengurusan Bersama ini merupakan platform kepada kerajaan negeri dan penduduk untuk bertukar pendapat dan pandangan.

Berdasarkan statistik diperolehi daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dianggarkan 910 buah flat kos rendah dan kondominium di Selangor berdaftar dan mempunyai JMB.

See also  Malaysia ranks 4th globally in skyscraper count

Bagaimanapun, hanya 500 JMB masih aktif serta berjaya dikesan sehingga kini.

Lantaran itu, segala masalah bangunan kediaman tidak diselengara, lif rosak, pemaju lepas tangan dan sebagainya antara masalah yang sering membelenggu penghuni kediaman bertingkat sejak bertahun lamanya akan berjaya diselesaikan menerusi sesi dialog dan perbincangan yang dianjurkan ini.

Berikut merupakan intipati utama aturcara program Himpunan Perdana JMB:-

10.45 Pagi: Pembentangan oleh Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor: Tanggungjawab dan cabaran JMB di negeri Selangor

11.30 Pagi: Bengkel 1 – Pengurusan lif dan penyelenggaran bangunan

Bengkel 2 – Perundangan berkaitan perumahan strata

Bengkel 3 – Langkah-langkah keselamatan perumahan bertingkat dan memperkasakan komuniti

Rumusan oleh  Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Ir Iskandar Samad