Penduduk tertekan, plaza tol NPE perlu dihapuskan

Penduduk tertekan, plaza tol NPE perlu dihapuskan

Rata-rata penduduk di Taman Medan dan Taman Dato Harun menggesa pihak berwajib melakukan sesuatu tindakan drastik bagi menutup laluan Plaza Tol Lebuhraya Pantai Baru (NPE) PJS 2

Penduduk resah dengan kewujudan tol menyebabkan beberapa permasalahan serius timbul di dalam kawasan perumahan sepanjang Taman Medan dan Taman Dato Harun.

Peniaga, Ramlan Sabri, 56 ketika ditemui berkata jalan di kawasan perumahan ini sesak dengan pelbagai kenderaan yang menjadikan jalan ini sebagai laluan utama setiap hari.

“Disebabkan mahu mengelak membayar tol, kenderaan daripada luar menjadikan laluan di kawasan perumahan sekitar Taman Medan dan Taman Dato Harun sebagai jalan pintas.

“Ini menyebabkan kesesakan lalu lintas yang luar biasa terutamanya pada waktu puncak pada sebelah pagi dan petang,”katanya.

Turut berkongsi pandangan yang sama, salah seorang penduduk Jalan PJS 2C/19, Mansor Ujang, 49, berkata, kenderaan berat turut melalui kawasan perumahan tanpa mengira waktu.

See also  Firefly to move Bangkok flights to Suvarnabhumi Airport

Menurutnya, perkara ini mengancam keselamatan penduduk tempatan terutamanya pejalan kaki dan kanak-kanak.

“Dengan pemansuhan plaza tol berkenaan, sekurang-kurangnya dapat memberi kelegaan kepada penduduk seterusnya mengurangkan pelbagai masalah yang timbul di dalam kawasan perumahan sekitar kampung yang terbabit,”katanya.

Cadangan alternatif bina lencongan ditolak?

Sementara itu, Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Talha berkata,selagi tol ditutup, ia menimbulkan masalah kepada penduduk perumahan di kawasan berhampiran kerana kadar tol RM1.60 terlalu tinggi.

Menurutnya, sebelum ini, beliau pernah mencadangkan supaya membina satu lencongan untuk penduduk tetapi ditolak syarikat konsensi Express way link dibina oleh IJM.

“Mereka memberitahu bahawa jarak untuk membuat lencongan tersebut terlalu bahaya serta tidak begitu praktikal untuk dibina.

“Sebelum ini, kami sudah membuat beberapa bantahan termasuk Kempen Jelajah Berbasikal bagi mengumpul tandatangan penduduk untuk diserahkan kepada Kementerian Kerja Raya tetapi hanya sia-sia.

See also  Toll-free highway travel for Hari Raya Aidilfitri 

“Saya berpendapat tidak perlu untuk kita menunggu begitu lama, sewajarnya plaza tol tersebut dimansuhkan untuk kepentingan penduduk,”katanya ketika ditemui Komunitikini di pejabatnya, semalam.

Difahamkan pembinaan plaza tol di kawasan tersebut sejak 2004 amat membebankan penduduk kampung terutamanya di sekitar Taman Medan dan Taman Dato Harun.

kadar tol yang dikenakan iaitu RM1.60 untuk laluan sehala adalah tidak masuk akal memandangkan pendapatan kebanyakan penduduk berada di bawah RM1,500 sebulan dan terpaksa menggunakan laluan tersebut tiga hingga empat kali sehari.

Rakyat amat menggalakkan serta menyokong semua usaha murni kerajaan dalam melakukan pembaharuan dan kemajuan infrastruktur yang lebih baik bagi kemudahan masyarakat setempat.

Tetapi untuk kes Tol NPE ini, sewajarnya kerajaan pusat dapat mempertimbangkan rintihan penduduk supaya tol di kawasan ini dihapuskan sama sekali.