Mahasiswa tuntut pendidikan percuma

KUALA LUMPUR – 500 orang mahasiswa berhimpun di ibu negara hari ini untuk menuntut pinjaman pelajar melalui PTPTN dimansuhkan.

Seramai kira-kira 500 orang mahasiswa berhimpun di ibu negara hari ini untuk menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.

Pelajar berkenaan mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan pusat membeli belah Sogo.

Perhimpunan diketuai aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia itu turut disertai NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur.

Kumpulan berkenaan melaungkan slogan antaranya “Najib Altantuya”, “Mansuh PTPTN”, “Jahanam Umno-BN”, “Musnah Rosmah”, “Reformasi” dan “Jahanam Najib.”

Kumpulan siswa itu turut membawa kain rentang antaranya dengan slogan bertulis ‘Free education now!’, ‘Mahasiswa bukan robot’ dan ‘Mansuh PTPTN’.

 

Saminathan