Pengarah NFC sewa hartanah peribadi kepada syarikat

PETALING JAYA – Mengikut semakan rekod akaun kewangan NFC, kedua dua unit hartanah yang terletak di Solaris Mont Kiara, disewa daripada kedua beranak itu pada kadar sewa RM28,000 dan RM8,240 sebulan.

 

Rafizi Ramli bersama setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution, menunjukan salinan bukti kepada pemberita

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam meneruskan pendedahan skandal National Feedlot Corporation (NFC), telah mendedahkan bahawa pengarahnya telah menyewa harta peribadi mereka kepada syarikat tersebut untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi.

Dalam satu sidang akhbar hari ini, pengarah strategi parti itu, Rafizi Ramli berkata , carian yang diperolehi daripada Jabatan Perkhidmatan dan Penilaian Harta menunjukkan bahawa kedua dua unit pejabat yang digunakan oleh NFC adalah kepunyaan pengerusi eksekutifnya, Mohamad Salleh Ismail dan anaknya, Wan Shahinur Izran Salleh, juga salah seorang pengarah syarikat itu.

Mengikut semakan rekod akaun kewangan NFC yang diperolehi, Rafizi memberitahu pemberita, bahawa kedua dua unit hartanah tersebut yang terletak di Solaris Mont Kiara, disewa daripada kedua beranak itu pada kadar sewa RM28,000 dan RM8,240 sebulan masing masing.

Dalam semakan rekod yang sama telah juga menunjukkan bahawa Wan Shahinur Izran adalah pemilik premis restoran Meatworks, yang disewa  oleh syarikat bersekutu NFC, Real Food Company.

Walaubagaimanapun, Rafizi berkata, beliau tidak mempunyai rekod kewangan terperinci bagi Real Food Company, tetapi beliau percaya Wan Shahinur Izran menerima bayaran sewa yang lumayan dari kedua dua premis restoran miliknya itu.

Jeffery George