Berhati hati sekiranya MyKad hilang

Berhati hati sekiranya MyKad hilang

KUALA LUMPUR – Menurut Uthaya Kumar perkara seperti ini menunjukkan betapa lekanya pentadbiran JPN dalam menangani masalah ini.

Seorang pemandu teksi  berasa jengkel apabila mendapati kad pengenalannya telah disalahgunakan untuk membeli kenderaan oleh seorang warga asing.

Dalam satu sidang media yang diadakan di pejabat Parti Hak Asasi Manusia (HRP) semalam,  pemandu teksi Rodzi Mohd Noh , 42, yang kehilangan kad pengenalannya memberitahu pemberita bahawa beliau berasa terkejut apabila mengetahui kad pengenalannya telah disalahgunakan oleh seorang  warga Indonesia yang tidak dikenali untuk membeli sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Beliau berkata, perkara ini dikesan apabila beliau menerima saman-saman kesalahan trafik walaupun pada ketika saman itu dikeluarkan, beliau berada di tempat kerjanya.

“Sejerus itu,  saya telah membuat tiga laporan polis dan berjaya mengesan kediaman warga Indonesia yang didakwa menggunakan identitinya,” tambah Rodzi.

“Malangnya, warga Indonesia itu telah berjaya meloloskan diri sebelum sebarang tangkapan dilakukan.”

Beliau memberitahu pemberita bahawa  beliau menetap di Pantai Dalam, Kuala Lumpur akan tetapi alamat pada rekod pendaftaran saya di pejabat Pendafatan Negara  adalah di  Sabak Bernam dan beliau  tidak pernah berkediaman di sana.

Begitu juga semasa lesen memandu saya dikeluarkan, alamat saya di letakkan di Sabak Bernam dan apabila saya tanya mengapa alamat pada lesen saya di Sabak Bernam, saya diberitahu oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahawa alamat itu diperolehi dari rekod di Pejabat Pendaftaran Negara (JPN),  ujar beliau.

Dalam sidang media yang sama, Ketua Umum HRP, Uthaya Kumar, memberitahu pemberita bahawa perkara seperti ini menunjukkan betapa lekanya pentadbiran JPN  dalam menangani masalah ini.

Uthaya menegaskan bahwa permasalahan seperti ini akan menimbulkan implikasi yang besar khususnya  menjelang pilihanraya yang akan datang kerana warga asing ini boleh membuat pengundian atas nama Rodzi.

“Jabatan Pendaftaran Negara harus memberikan penjelasan dalam perkara ini,”  kata beliau sambil menunjukkan dua salinan  kad pengenalan yang mempunyai nombor pengenalan yang sama.

“Buat masa ini , kita hanya boleh melihat nombor kad pengenalan dan status pengundian sahaja dalam portal SPRM.”

Uthaya mengesyorkan supaya Portal Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM) harus mempunyai maklumat seperti nama individu untuk memudahkan orang awam membuat semakan dan  mengesan sebarang penyelewengan.

Dalam penggulungan kenyataannya pada sidang media tersebut, Uthaya berkata,  pilihanraya umum  yang akan datang besar kemungkinan akan ditentukan oleh warga Indonesia yang memegang kad pengenalan Malaysia palsu berdasarkan laporan-laporan di media alternatif mengenai penyelewengan JPN dalam pemberian status kewarganegaraan kepada warga asing.

Saminathan