‘Frenz of Penang’ di Konvensyen Media Sosial Pulau Pinang 2012

Baru baru ini, satu konvensyen telah diadakan bagi mengumpul semua pengamal pengamal media sosial terutamanya dari negeri Pulau Pinang. Konvensyen ini telah disertai oleh kira kira 50 ke 100 pengamal media sosial temasuk dari rakan media. Majlis yang telah diadakan buat kali kedua di negeri  ini telah diadakan di Hotel City Bayview Georgetown dan telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Antara nama nama besar dalam dunia media yang telah dijemput sebagai speaker pada hari itu ialah Oon Yeoh , Hata Wahari dan juga Hishamudin Rais.

Lim Guan Eng dalam ucapan perasmiannya telah menekankan betapa pentingnya pengamal pengamal media sosial dalam membantu menyangkal dakyah serta fitnah yang dimainkan oleh media arus perdana dalam penyampaian informasi serta berita kepada rakyat umum. Beliau juga berharap supaya pengamal pengamal media sosial dapat menyalurkan informasi informasi yang benar dan adil tanpa mengira batasan politik yang ada.
Di dalam konvensyen ini , peserta telah didedahkan bagaimana cara yang betul dan sistematik dalam menggunakan media baru seperti Facebook dan juga Twitter untuk menyalurkan informasi informasi alternative kepada masyrakat umum.
Oon Yeoh seorang kolumnis yang tidak asing lagi di arena media di negara kita ini telah menceritakan bagaimana Facebook dan juga Twitter dapat mempengaruhi senario penyebaran maklumat di kalangan pengguna penggunanya. Salah seorang speaker Hata Wahari yang juga bekas wartawan Utusan Malaysia dan juga bekas bekas presiden National Union Journalist telah menceritakan bagaimana kongkongan kongkongan yang dikenakan terhadap media arus perdana di Malaysia telah mencacat celakan prinsip dan etika kewartawanan di negara kita .
Beliau juga sempat memberitahu bahawa sekarang ini sudak tidak ada terma media arus perdana kerana media arus perdana yang ada ketika ini sudah merosot rating di kalangan pembacanya.
Hishamudin Rais atau lebih terkenal dengan nama Tukar Tiub di dalam arena penulisan blog dalam bengkel kendaliannya pada hari itu telah memberikan tip serta panduan bagaimana untuk menulis blog yang menarik dan dapat menarik minat pengunjung pengunjung laman blog. Beliau juga menceritakan sedikit sebanyak bagaimana blog memainkan peranan penting dalam penyebaran informasi  menangkis  dakyah dan fitnah politik dari media arus perdana.
           
Orang kuat DAP yang juga Ahli PArlimen Ipoh Timur saudara Lim Kit Siang juga telah hadir bagi menyampaikan ucapan penutup dan seterusnya menyampaikan sijil penyertaan kepada setiap peserta. Konvensyen dengan rasminya tamat pada pukul 5 petang .

Imran Hilmy

is born and raised in Penang Island and throughout of his younger days has a knack of lyrics and poem writings.Loves to read on history, politics and religions. He believes that he has a role in making this world a better place through his capacity as a Citizen Journalist in CJ.MY.