Tan Chong Motor tiada rancangan bida kepentingan Proton

Tan Chong Motor tiada rancangan bida kepentingan Proton

Tan Chong Motor Holdings Bhd berkata ia tidak menerima sebarang pelawaan rasmi mahupun mempunyai sebarang rancangan untuk membida bagi kepentingan dalam syarikat pembuat kereta nasional, Proton Holdings Bhd.

Photo from http://www.tanchong.com.my/

Tan Chong Motor Holdings Bhd berkata ia tidak menerima sebarang pelawaan rasmi mahupun mempunyai sebarang rancangan untuk membida bagi kepentingan dalam syarikat pembuat kereta nasional, Proton Holdings Bhd.

Tan Chong berkata demikian dalam jawapannya kepada pertanyaan Bursa Malaysia Securities Bhd mengenai laporan berita bertajuk “Proton Saga Continues-Tan Chong Motor May Be Preparing to Bid for National Carmaker”.

Berita itu juga melaporkan Tan Chong Motor mungkin turut serta dalam perebutan untuk mengambil alih kepentingan Khazanah Nasional Bhd dalam Proton dan ia telah dipelawa untuk mengemukakan bida. Tan Chong juga dilaporkan sedang merangka satu cadangan.

– Bernama

See also  JAECOO unveils J7 SUV's off-road mastery at M4TREC