Pameran kereta anjuran PPPM Labuan

Pameran kereta anjuran PPPM Labuan

Antara kenderaan yang turut serta

Ahad lalu, Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) cawangan Wilayah Persekutuan Labuan telah menganjurkan “Auto Show 1Malaysia 2011” di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.

Pelbagai kategori dipertandingkan pada acara yang julung kalinya di anjurkan oleh PPPM Labuan bagi menarik minat pencinta kenderaan mempamer kehebatan kenderaan masing-masing. Pertandingan auto ini telah berjaya mengundang sebanyak 50 penyertaan dari dalam dan juga luar Labuan.

Dato' Chan Seh Chung

Dato’ Chan Seh Chung menyatakan ‘peranjuran acara ini sebenarnya bertujuan untuk Persatuan Perkhidmatan Pengguna Malaysia, Cawangan Labuan mendekati lagi diri mereka kepada masyarakat serta membantu para pengemar pengubahsuai kenderaan mempamer kreativiti mereka secara total dari segi persembahan dan kehebatan teknologi terkini.’

See also  JAECOO unveils J7 SUV's off-road mastery at M4TREC

Menurut beliau lagi, ‘pemilihan tarikh ketika perayaan ini kerana mahu menunjukkan kepada orang ramai bahawa di pulau Labuan ini ada juga acara yang mampu menarik pelancong tempatan mahupun luar berkungjung kesini dan berhibur bersama keluarga kerana selain persembahan auto terdapat juga gerai-gerai jualan sewaktu acara ini. Dan besar kemungkinan acara ini akan dianjurkan lagi secara tahunan memandangkan sambutan yang menggalakkan dari peserta’ ujar beliau selaku Pengerusi PPPM Labuan.

Acara kemuncak persembahan adalah ‘lighting and sound battle” dari kesemua kenderaan yang turut serta.

Ridzuan