PTPTN akan perhalusi cadangan pemberian pinjaman

PTPTN akan perhalusi cadangan pemberian pinjaman

PTPTN akan memperhalusi semula cadangan pemberian pembiayaan berdasarkan kadar yuran pengajian sahaja bermula 2013, dengan mengambil kira semua aspek berkaitan.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) akan memperhalusi semula cadangan pemberian pembiayaan berdasarkan kadar yuran pengajian sahaja bermula 2013, dengan mengambil kira semua aspek berkaitan.

Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata cadangan itu akan dibawa ke Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk diteliti dan seterusnya dibentang kepada kabinet untuk pertimbangan.

“Kita hanya akan memberikan yuran pengajian dan bukan kos perbelanjaan harian sekiranya cadangan tersebut mendapat kelulusan KPT.

“PTPTN juga mengambil maklum bahawa cadangan ini akan memberi kesan langsung kepada keluarga pelajar yang kurang berkemampuan dengan penggunaan dana SSPN untuk perbelanjaan harian,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini hari ini.

See also  APU win awards at Malaysia's Digital Tech accolades

Ismail berkata PTPTN juga memperkenalkan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Julai lepas bertujuan menggalakkan budaya penabungan pada kalangan ibu bapa.

“Tujuan penabungan adalah bagi menampung pembiayaan pendidikan anak-anak di mana PTPTN akan menggalakkan penabungan melalui skim ini dengan pelaksanaan semula syarat wajib pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata promosi dan galakan akan dipertingkatkan untuk agensi korporat menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar miskin bagi tujuan pengajian tinggi pada masa hadapan.

“Bantuan kewangan seumpama ini sememangnya telah dilaksanakan secara terus kepada institut pengajian tinggi atau kepada pelajar, namun dengan penglibatan PTPTN diharap ia mampu menjadi budaya di kalangan agensi korporat,” katanya.

See also  LEGOLAND (R) School Challenge calls young Asian buildersĀ 

Ismail berkata agensi korporat boleh menyalurkan sumbangan pembiayaan melalui tiga kaedah iaitu menyalurkan secara terus kepada pelajar, menyalurkan kepada intitusi pengajian tinggi awam dan swasta, atau melalui PTPTN yang akan menyalurkan kepada pelajar yang layak.

– Bernama