D’Cruz: Tambahlah tayangan drama Tamil

D’Cruz: Tambahlah tayangan drama Tamil

Stesen televisyen swasta diseru agar membuka pintu kepada lebih banyak syarikat penerbitan Tamil tempatan bagi memberi pendedahan kepada bakat mereka.

Stesen televisyen swasta di negara ini diseru agar membuka pintu kepada lebih banyak syarikat penerbitan Tamil tempatan bagi memberi pendedahan kepada bakat mereka.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Maglin Dennis D’Cruz berkata langkah itu juga membantu pembangunan industri filem Tamil tempatan.

“Saya juga tidak ragu-ragu menerusi langkah itu bakat tempatan kita berupaya menembusi pasaran baru khususnya di Eropah, Amerika Utara, Singapura malah India,” katanya ketika melancarkan Projek Penerbitan Drama II Astro Vaanavil, semalam.

D’Cruz juga menggesa mereka yang terlibat dalam bidang penerbitan filem agar mempelajari teknik dan idea terbaru bagi meningkatkan karya masing-masing.

– Bernama

See also  Syasya bids farewell to DOLLA