Kontraktor Melayu Kedah minta kaedah pengagihan kerja dikekalkan

Kontraktor Melayu Kedah minta kaedah pengagihan kerja dikekalkan

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Kedah (PKMMNK) meminta kerajaan negeri memberi jaminan bahawa projek kecil tidak dimonopoli syarikat tertentu sahaja.

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Kedah (PKMMNK) meminta kerajaan negeri memberi jaminan bahawa projek kecil tidak dimonopoli syarikat tertentu sahaja.

Yang DiPertuanya, Ahmad Fatahi Omar berkata PKMMNK mendapat maklumat kerajaan negeri Kedah akan menganugerahkan seluruh projek tahun ini kepada syarikat usaha sama anak syarikat miliknya (GLC) dan sebuah syarikat kontraktor tempatan.

“Sekiranya perkara ini benar, kami amat dukacita kerana berlaku monopoli oleh kontraktor tempatan, yang bermakna hak kontraktor kelas F diabaikan.

“PKMMNK mahu Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi jaminan perkara ini tidak akan terjadi,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum berhubung perkara itu kepada anggota exco kerajaan negeri Datuk Ir Pahrolrazi Mohd Zawawi, yang mewakili Azizan, di Wisma Darul Aman hari ini.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

Ahmad Fatahi berkata terdapat lebih 3,000 kontraktor di Kedah dan 2,500 daripada mereka pemegang kelas F yang bergantung kepada projek kerajaan negeri seperti penyelenggaraan jalan, memotong rumput, memasang dan mencuci longkang serta memasang papan tanda.

Beliau berkata PKMMNK mahu kaedah pengagihan kerja lama dikekalkan, iaitu projek kerajaan negeri diserahkan kepada GLC yang kemudian mengagihkannya kepada kontraktor.

“Kaedah lama membabitkan Jabatan Kerja Raya, yang menyelaras kerja-kerja tersebut dengan memanggil sebut harga dan undi, ternyata masih relevan, berkesan dan menguntungkan kerajaan negeri, namun PKMMNK mengalu-alukan sebarang penambahbaikan terhadap sistem tersebut,” katanya.

Sementara itu, Pahrolrazi berkata beliau tidak tahu proses penganugerahan tender tahun ini, dan tidak boleh memberi jaminan terhadap permintaan PKMMNK.

See also  Malaysia ranks 4th globally in skyscraper count

Bagaimanapun, beliau akan memaklumkan permintaan mereka kepada Azizan yang dijangka kembali bertugas esok selepas dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara hari ini.

Katanya, Jawatankuasa Tender yang dipengerusikan Pegawai Kewangan Negeri telah bermesyuarat serta membuat keputusan, dan hanya menunggu masa untuk mengeluarkan surat tawaran projek kepada penerima.

Beliau berkata setiap tahun, kerajaan negeri menawarkan projek bernilai RM50 juta kepada GLC, yang bertanggungjawab mengagihkannya kepada kontraktor kecil.

– Bernamaa