Nasib juruteknik dera kelamin anak akan diketahui pada 4 Julai

Nasib juruteknik dera kelamin anak akan diketahui pada 4 Julai

Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu telah menetapkan tarikh 4 Julai untuk memutuskan samada juruteknik yang didakwa perlu membela diri atas tuduhan melakukan jenayah seksual ke atas anaknya yang berumur 10 tahun.

Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu telah menetapkan tarikh 4 Julai untuk memutuskan samada juruteknik yang didakwa perlu membela diri atas tuduhan melakukan jenayah seksual ke atas anaknya yang berumur 10 tahun.

Hakim Ismail Brahim mendengar pertuduhan kes tersebut di mana, jenayah tersebut dilakukan di antara bulan Januari 2009 dan pertengahan 2009 di sebuah rumah di Putatan.

Semasa perbicaraan tersebut, hakim telah membangkitkan dua isu, testimoni dua saksi utama, seorang gadis bawah umur yang tidak mengangkat sumpah dan testimoni kakak mangsa yang menyatakan terdapat koyakan lama pada bahagian sulit kanak-kanak.

Beliau telah membangkitkan isu samada laporan perubatan tersebut boleh digunakan sebagai bukti.

Timbalan Pendakwa Raya Nartiah Mirchelle F. Sambatan ketika menjawab isu pertama, menyatakan bahawa keterangan kedua kanak-kanak tersebut disokong oleh testimoni ibu mereka.

Manakala untuk isu kedua pula, Nartiah berkata menurut saksi pendakwaan, kejadian itu berlaku beberapa kali dan kanak-kanak itu cuma diperiksa oleh doktor hampir setahun selepas itu. Malah, laporan perubatan itu menyatakan bahawa terdapat koyakan lama pada bahagian sulit kanak-kanak itu yang seterusnya menyokong testimoninya

Juruteknik yang dituduh mengaku tidak bersalah pada 8 Disember 2010 terhadap dakwaan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Lelaki itu, yang tidak diwakili, dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 dengan dua orang penjamin.

 

Clifford Jeffery