Pejabat Pertanian di Putatan bakal diwujudkan

Pejabat Pertanian di Putatan bakal diwujudkan

Sebuah Pejabat Pertanian akan diwujudkan di Putatan tidak lama lagi bagi menyokong usaha pembangunan pertanian di daerah itu, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin hari ini.

Sebuah Pejabat Pertanian akan diwujudkan di Putatan tidak lama lagi bagi menyokong usaha pembangunan pertanian di daerah itu, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Yahya Hussin hari ini.

Katanya pembentukan Putatan sebagai daerah penuh pada April lepas memberi impak besar kepada Pusat Latihan Pertanian Bersepadu di daerah itu yang akan menjadi pusat pengeluaran makanan utama bagi Putatan.

“Dengan wujudnya Pejabat Pertanian Putatan, peranan Pusat Latihan Pertanian Bersepadu akan menjadi lebih besar dalam memberi latihan pertanian yang komersial.

“Ia juga berperanan membangunkan tanah-tanah terbiar dengan tanaman yang boleh menyumbang kepada pengeluaran makanan,” katanya pada Majlis Penyampaian Sijil Kursus Kemahiran Pertanian Bersepadu dekat sini.

See also  Malaysia ranks 4th globally in skyscraper count

Sehubungan itu, Yahya, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, turut menyarankan pusat latihan berkenaan membangunkan kawasan kosong di pusat latihan itu dengan mematuhi Prinsip-Prinsip Amalan Pertanian Baik (APB) yang akan menyokong permohonan untuk persijilan Skim Amalan Ladang Baik (SALM).

Katanya kawasan yang dibangunkan di pusat itu akan menjadi ladang contoh untuk sesi praktikal dan amali pelatih pusat itu.

Pada majlis itu, Yahya menyampaikan sijil Kursus Kemahiran Pertanian Bersepadu kepada 33 pelatih kumpulan ke-15 sesi 2010/2011 yang telah menamatkan pengajian selama 18 bulan di pusat itu.

Setakat ini, Pusat Latihan Pertanian Bersepadu Putatan telah melahirkan seramai 496 orang pelatih.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

– Bernama