Tiada cadangan bahagikan tanah Felda kepada golongan muda

Tiada cadangan bahagikan tanah Felda kepada golongan muda

Kerajaan tidak bercadang membahagikan tanah seluas 341,000 hektar yang diuruskan oleh Felda Plantations kepada generasi baru golongan peneroka kerana bimbang sekiranya generasi baru itu menjual tanah tersebut, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan.

Kerajaan tidak bercadang membahagikan tanah seluas 341,000 hektar yang diuruskan oleh Felda Plantations kepada
generasi baru golongan peneroka kerana bimbang sekiranya generasi baru itu menjual tanah tersebut, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan.

Beliau berkata jika dibahagikan 341,000 hektar tanah ini kepada generasi muda peneroka yang berjumlah 1.6 juta orang, setiap mereka akan mendapat 0.2 hektar, dan tanah yang tidak termaktub dalam Akta Tanah Berkelompok (GSA 1960) itu boleh dijual atau digadai.

Bercakap dalam satu persidangan media di lobi Parlimen di sini hari ini beliau berkata 100,000 daripada 341,000 hektar tanah itu berada di Sabah sedangkan peneroka di Sabah hanya berjumlah kira-kira 1,600 orang, dan jika tanah itu dibahagikan, ia pasti akan menimbulkan kemarahan mereka.

See also  MCTF champions sustainability for future workforce

Beliau berkata demikian sebagai mengulas antara kandungan buku jingga yang merupakan Agenda Pakatan yang diperkenalkan oleh pakatan pembangkang pada Konvensyen Pakatan kedua di Kepala Batas tahun lepas, yang merujuk kepada saranan supaya Felda Plantation dibubarkan, dan tanah itu diberikan kepada anak cucu peneroka.

“Segala pendapatan dan bajet tahunan datang daripada tanah itu. Hasilnya dikembalikan kepada peneroka dan anak penoraka, gaji gaji dibayar kepada 23,000 pekerja Felda dan 60,000 pekerja ladang,” katanya.

Katanya Felda pasti akan bankrap sekiranya agensi itu diuruskan oleh pembangkang.

– Bernama