Kolej SIDMA Sabah agih 200 bungkusan bubur Lambuk

KOTA KINABALU – Bagi menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR), Kolej Sidma Sabah mengadakan program Sedekah Bubur Lambuk bersempena dengan bulan Ramadan pada tahun ini.

080714Ramadhan2

Bagi menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR), Kolej Sidma Sabah mengadakan program Sedekah Bubur Lambuk bersempena dengan bulan Ramadan pada tahun ini.

Program ini diadakan di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang, Jalan Khidmat dan Masjid Negeri Sabah, Sembulan Kota Kinabalu pada Sabtu lepas.

Menurut Pengurus Jabatan Hal-Ehwal Pelajar Kolej SIDMA Sabah Ronny Lampok bahawa, program ini merupakan khidmat kepada masyarakat dan merupakan salah satu aktiviti bersedekah sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.

080714Ramadhan

Beliau berkata, agihan bubur Lambuk itu bermula selepas solat Asar. Sebanyak 100 bungkusan telah diagih-agihkan kepada para jemaah masjid di setiap kedua-dua masjid tersebut.

“Program bubur lambuk itu merupakan program tahunan kolej berkenaan pada setiap kali bulan Ramadan,” katanya Ronny lagi.

See also  Grand Raya for delivery heroes with Foodpanda Malaysia

Program Agihan Bubur Lambuk Kolej SIDMA Sabah sempena bulan Ramadhan diketuai oleh Ronny, Unit Korporat dan Kumuniti Kolej SIDMA Sabah Abu Saed Safwan, Jabatan Hal-Ehwal Pelajar Kolej SIDMA Chenol Otovean Yusin, Jabatan Hal-Ehwal Pelajar Kolej SIDMA Sabah Harman Bin Mastari, ahli Gabungan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej SIDMA Sabah serta ahli Persatuan Gabungan Mahasiswa/siswi Islam (GAMSIS) Kolej SIDMA Sabah.

 

All news posted on this website are written by Malaysians from all walks of life who are trained by Citizen Journalist Malaysia. If you are passionate about writing, photography or  video storytelling and would like to contribute your articles, photographs or videos of events that is happening in your community, please (CLICK HERE)

See also  Brother Malaysia threads hope with sewing initiative

________________________________

For more updates, please like us on Facebook

Gary Louis Supi