Bangkai tikus dalam kuali masakan

Bangkai tikus dalam kuali masakan

Jijik dan menggelikan, begitulah yang boleh digambarkan apabila serbuan dilakukan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di premis restoran di pusat bandar Klang mendapati bangkai tikus dalam kuali masakan.

Jijik dan menggelikan, begitulah yang boleh digambarkan apabila serbuan dilakukan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di premis restoran di pusat bandar Klang mendapati bangkai tikus dalam kuali masakan.

Penolong Pegawai Kesihatan Dan Persekitaran Kanan MPK, Amran Jali berkata, serbuan itu dilakukan setelah anggota Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mendapati pengusaha makanan tidak mementingkan aspek kebersihan membiarkan keadaan sekitar premis kotor, jijik dan tidak terurus.

“Sebanyak dua premis restoran diarahkan tutup, lebih mengejutkan kesemua premis yang diarahkan tutup adalah tempat yang menjadi tumpuan dan sering dikunjungi orang ramai untuk menjamu selera,” katanya merujuk kepada operasi bersama melibatkan Jabatan Kesihatan dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang sekitar Jalan Tengku Kelana, hari ini.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Amran berkata, sebanyak 12 premis restoran dan kedai makan diserbu dalam operasi melibatkan lebih 10 anggota penguatkuasa MPK.

“Kita mendapati tahap kebersihan restoran, kedai makan dan gerai masih lagi di tahap kurang memuaskan walaupun pelbagai program dan kempen kesedaran telah dilaksanakan sebelum ini,” ujarnya.

Mengulas lanjut, menurutnya, keadaan itu akan menimbulkan risiko khususnya kepada pelanggan yang datang menjamu selera tanpa menyedari premis yang dikunjungi itu tidak bersih.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

“Tindakan penutupan itu merupakan dibawah Seksyen 11 (Akta Makanan 1983) pemilik premis diarahkan tutup selama 14 hari,” katanya.

Sehubungan itu, Amran berkata mana-mana premis yang ingin beroperasi semula, pemilik perlu mematuhi syarat notis sebelum merujuk kepada jabatan kesihatan dan PKD untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, pihaknya akan terus mempergiatkan operasi memantau pengusaha premis dengan lebih kerap supaya mematuhi peraturan ditetapkan.

“Selain daripada itu, kami ingin menasihatkan kepada pengusaha makanan untuk memastikan tahap kebersihan premis mereka sentiasa dalam keadaan terjaga dan selamat untuk para pelanggan,” katanya.