Penduduk `lif terhempas` mohon bantuan menteri besar Selangor

Penduduk `lif terhempas` mohon bantuan menteri besar Selangor

Setelah dua bulan kejadian lif terhempas di kediaman pangsapuri Impian Baiduri Petaling Jaya berlaku, penduduk tidak menerima sebarang bantuan daripada wakil rakyat sehingga kini.

Setelah dua bulan kejadian lif terhempas di kediaman pangsapuri Impian Baiduri Petaling Jaya berlaku,  tiada sebarang bantuan dan pampasan diterima daripada wakil rakyat sehingga kini.

Wakil persatuan penduduk  itu mengambil inisiatif menyerahkan sepucuk surat meminta bantuan dan pampasan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Shah Alam, hari ini.

Pengerusi persatuan penduduk blok A, pangsapuri Impian Baiduri, Tambi Chik Hassan berkata masalah yang dihadapi penduduk adalah lif yang terhempas masih tidak dapat diperbaiki kerana kos terlalu tinggi.

Menurutnya, ia memandangkan sebuah lif bomba tidak berfungsi langsung sejak 5 tahun lalu manakala satu lif sahaja berfungsi dalam tempoh 24 jam.

See also  Exclusive waterfront living at Lightwater Residences

“Masalah ketiadaan lif ini sekali gus menyukarkan 1,000 penghuni blok A dan golongan orang kurang upaya (OKU) terpaksa berasak dan bersesak pada waktu kemuncak.

Kami tidak mahu kejadian sama berulang kembali,” katanya merujuk kepada kejadian lif itu menggelunsur dari tingkat  6 ke tingkat bawah pangsapuri itu  pada 30 September lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2  petang  itu, dua pelajar dan sepasang suami isteri cedera termasuk seorang parah, selepas lif dinaiki mereka terjatuh dari tingkat enam dan terhempas di tingkat bawah pangsapuri tersebut.

(S KUGAHAN mangsa lif jatuh di pangsapuri tersebut)

Hadir sama Penyelaras Parlimen Petaling Jaya Selatan, Kelvin Chong dan Pengerusi Kelab Kebajikan Wanita Petaling Jaya Selatan, Datin Paduka Norkhaila Jamaluddin.

See also  Savvy @ Riana Dutamas: Redefining urban living

Selain itu, Tambi Chik berkata, pemaju, pihak agensi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Petaling Jaya dan kerajaan negeri tidak memberikan pampasan kepada mangsa yang lumpuh.

“Wakil rakyat hanya datang sekali sahaja itu pun semasa kejadian lif terhempas berlaku 30 September lalu, kemudiannya berjanji untuk memberikan bantuan tetapi senyap begitu sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, Tambi Chik memberitahu pihak media menteri besar itu tiada kerana mempunyai urusan kerja di luar pejabat.

“Surat itu diserahkan kepada Ketua setiausaha sulit menteri besar, Norzaton Aini Mohd Kassim yang ketika ditemui berjanji untuk menyerahkan kepada menteri besar hari ini,” ujarnya.