300,000 notebook 1Msia diedar bulan depan

300,000 notebook 1Msia diedar bulan depan

Sebanyak 300,000 Notebook 1Malaysia akan diagihkan kepada golongan yang layak menerima bulan depan.

Program pemberian komputer riba diberikan secara percuma oleh kerajaan kini memasuki fasa kedua di mana sebanyak 300,000 Notebook 1Malaysia akan diagihkan kepada golongan yang layak menerima bulan depan.

Pemangku Pengarah Kanan Bahagian Peruntukan Perkhidmatan Sejagat (USP), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Zulkarnain Mohd Yassin berkata agihan netbook itu akan dibuat bagi tempoh tiga bulan.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Menurutnya pemberian Netbook 1Malaysia dengan kos RM1 bilion itu merupakan antara projek di bawah USP membabitkan kos keseluruhan RM4.79 bilion.

“Antara projek lain ialah penyediaan telefon asas iaitu RM629 juta, menara telekomunikasi bagi peluasan liputan selular iaitu RM1.87 bilion dan pusat jalur lebar komuniti pula sebanyak RM573.7 juta,” ujarnya kepada pemberita selepas majlis taklimat media mengenai pengurusan USP di sini baru-baru ini.

See also  Sarawakian educator Galvin Lee named 2026 JCI TOYM Honouree

Tambahnya, program pemberian netbook itu dijangka dapat menyumbang sebanyak 9 hingga 10 peratus kepada kadar penembusan jalur lebar negara.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Beliau juga berkata SKMM akan membelanjakan RM3.3 bilion bagi projek-projek di bawah USP fasa kedua bagi tempoh 2009-2011.

“Selain projek pemberian netbook, ia turut membabitkan Kampung WiFi dengan kos (RM520 juta), Pusat Jalur Lebar Komuniti Mini (RM10 juta) dan Pusat Jalur Lebar Komuniti ke Rumah (RM150 juta),” katanya.

Komunitikini difahamkan, fasa pertama, sebanyak 123,000 unit netbook telah diagih-agihkan kepada kumpulan sasar terdiri daripada isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 bagi kawasan luar bandar dan bawah RM5,000 bagi kawasan bandar.

Sebanyak 65 peratus komputer itu diagihkan kepada pelajar manakala 35 peratus lagi dibahagikan kepada golongan berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan kurang liputan serta kawasan yang mempunyai perkhidmatan itu dengan sasaran pengagihan meliputi kampung tradisi, kampung baru dan pusat penempatan masyarakat setempat di seluruh negara.

See also  AIA PUBLIC Takaful expands scholarship programme with RM3.2 million commitment