Bomba Sri Petaling berupaya meningkatkan pencapaian response time

Lokasi BBP Sri Petaling yang terletak di persimpangan tiga lebuh raya utama di Kuala Lumpur iaitu Shah Alam Expressway (KESAS), Maju Expressway (MEX) dan Kuala Lumpur – Seremban Expressway, menjadikan kawasan Sri Petaling antara kawasan yang mempunyai kedudukan yang strategik

Bomba Sri Petaling

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming telah menyempurnakan Majlis Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Petaling baru-baru ini.

Kewujudan BBP Sri Petaling yang merupakan BBP ke-19 di Kuala Lumpur ini dilihat sangat signifikan memandangkan Sri Petaling merupakan kawasan sub-urban hotspot dengan kepadatan kawasan perumahan yang tinggi serta commercial hubs yang menjadi tumpuan ramai.

Selain itu, lokasi BBP Sri Petaling yang terletak di persimpangan tiga lebuh raya utama di Kuala Lumpur iaitu Shah Alam Expressway (KESAS), Maju Expressway (MEX) dan Kuala Lumpur – Seremban Expressway, menjadikan kawasan Sri Petaling antara kawasan yang mempunyai kedudukan yang strategik.

Bomba Sri Petaling

Ini membolehkan masa tindak balas (response time) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terhadap panggilan kecemasan dapat dipercepatkan ketika menangani situasi kecemasan dan operasi menyelamat.

Menurut Nga, pengoperasian Balai Bomba dan Penyelamat Sri Petaling berupaya meningkatkan pencapaian response time Balai Bomba Bukit Jalil dalam memberi perkhidmatan kebombaan kepada masyarakat sekitar. Ia turut menyumbang kepada perkhidmatan kebombaan dengan lebih cepat, cekap dan meningkatkan keberkesanan pengoperasian di kawasan tersebut.

Pada tahun 2022, purata response time yang direkodkan bagi Kuala Lumpur adalah 7.29 minit, di mana ia menurun sebanyak 1.6% berbanding 7.41 minit purata response time yang direkodkan bagi tahun 2021.

Bomba Sri Petaling

Sementara itu, sebuah lagi balai bomba dan penyelamat dijadualkan siap pada penghujung Mac 2023 dan bakal beroperasi iaitu BBP Manjalara, manakala projek pembinaan Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur yang baharu juga kini dalam proses reka bentuk dan proses perolehan dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

Nga dalam majlis sama, turut menegaskan bahawa penglibatan aktif Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan Pasukan Bomba Komuniti (PBK) di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini memainkan peranan penting dalam membantu pihak bomba memberikan bantuan kecemasan dengan lebih awal apabila berlakunya sebarang insiden kecemasan.

Bomba Sri Petaling

Justeru, KPKT menyeru dan menggalakkan lebih ramai ahli komuniti dan pemimpin masyarakat bergiat aktif dengan menjalinkan kerjasama strategik dan penglibatan inklusif semua pihak ke arah pembentukan komuniti berdaya tahan (resilience community) dan penyelamat nyawa rakyat (citizen life saver).

KPKT terus komited dalam memastikan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang responsif dan efektif melalui Program Pemerkasaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) yang merupakan salah satu daripada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Menteri KPKT. Ini selari dengan bidang fokus utama kementerian ketujuh iaitu memperkukuh kesiapsiagaan kebombaan dan penyelamatan yang sejahtera.

Avatar photo

CJMY

For any inquiries or to submit a press release, please send an email CJ Editor at [email protected].