600 penduduk serbu kilang ‘haram’

600 penduduk serbu kilang ‘haram’

Lebih 600 penduduk kampung Desa Aman berhimpun membantah penempatan tiga buah kilang simen yang didakwa beroperasi secara haram berhampiran kawasan mereka.

Lebih 600 penduduk kampung Desa Aman berhimpun membantah penempatan tiga buah kilang simen yang didakwa beroperasi secara haram berhampiran kawasan mereka.

Mereka menggesa kilang simen yang beroperasi secara haram sejak tujuh lalu dihentikan serta merta.

Penduduk mempertikaikan bagaimana kilang simen itu mendapat kelulusan untuk beroperasi sedangkan tiada sebarang papan tanda mengenai cadangan pembinaan kilang didirikan di kawasan penempatan itu.

Penduduk berkumpul sekitar jam 10 pagi di bilik gerakan Kampung Desa Aman dan berarak setengah jam kemudian ke kilang simen berdekatan 200 meter daripada kawasan perumahan.

Mereka yang marah itu terus mendesak agar kilang simen itu ditutup serta merta.

Selepas berhimpun kira-kira sejam sambil meluahkan kemarahan mereka, penduduk akhir bersurai.

See also  Canon extends partnership with Taman Tugu for Earth Day

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Desa Aman, Lieu Kooi Tin mendakwa pemilik kilang tetap berdegil meneruskan operasinya pada sebelah malam walaupun pernah disaman oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Menurutnya, penduduk akan menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam masa terdekat.

“Kami mahu semua pihak menyiasat perkara ini termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mencurigai cara kilang itu beroperasi.

“Tindakan keras sewajarnya dikenakan terhadap pemilik kilang tersebut. Kami dah tak tahan lagi, sekiranya tiada apa-apa tindakan diambil, kami akan mogok besar-besaran,” katanya  kepada pemberita di bilik gerakan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Desa Aman.

See also  Coway and EcoKnights join forces for a greener future

Turut mendatangani memorandum bantahan itu daripada penduduk gabungan tiga kawasan perumahan sekitar iaitu Taman Sri Aman Heights, Taman Suria dan Aman Courts.

Sementara itu, wakil penduduk Sri Aman Heights, Patrick Lim memberitahu sebelum ini pernah berlaku kemalangan ngeri membabitkan lori pasir dan kenderaan penduduk di kawasan ini.

Menurutnya, keadaan jalan raya menjadi lebih teruk apabila hujan lebat, tanah mendap menyebabkan sistem perparitan longkang tersumbat.

“Selain itu, penduduk sering mengalami gangguan pernafasan kesan daripada habuk (aluminium diokside) daripada kilang simen.

“Kami menggesa Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat perkara ini kerana bimbang tahap kesihatan penduduk terancam,” ujarnya.