Ahli majlis PBT S’gor angkat sumpah esok?

Ahli majlis PBT S’gor angkat sumpah esok?

Seramai 24 ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dijangka akan mengangkat sumpah pelantikan ahli majlis sesi 2010/2011 esok.

Seramai 24 ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dijangka akan mengangkat sumpah pelantikan ahli majlis sesi 2010/2011 esok.

Majlis tersebut akan diadakan di Dewan Bunga Tanjung, ibu pejabat MBPJ kira-kira jam 3.00 petang serentak dengan 264 lagi ahli majlis turut sama mengangkat sumpah dilokasi ditentukan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT)  di Selangor.

Difahamkan, sebelum ini pernah beberapa kali majlis mengangkat sumpah ditunda berikutan berlaku `kesilapan` senarai nama ahli majlis di saat akhir.

Pada malam Selasa minggu lalu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan pelantikan seramai 288 ahli majlis mewakili 12 PBT.

Namun, beberapa salinan senarai nama ahli majlis baru bagi 12 PBT Selangor diedarkan kepada pihak media menimbulkan persoalan sama ada ia senarai rasmi atau sebaliknya.

Ada segelintir ahli majlis mempersoalkan senarai nama boleh mengundang spekulasi di kalangan pemilihan jawatan ahli majlis untuk penggal baru.

Perkara ini diakui Pejabat Menteri Besar Selangor memaklumkan terdapat kesilapan pada senarai nama ahli majlis mewakili 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diedarkan kepada pihak media.

Ahli majlis MBPJ 2009/2010 lalu menerima watikah pelantikan- gambar oleh Halimey Abu Bakar

Tidak lama selepas itu, tindakan Kerajaan Selangor menubuhkan Majlis Penasihat Kerajaan Tempatan yang berperanan menasihatkan kerajaan negeri berkenaan polisi dan strategi kerajaan tempatan dikritik hebat ahli pihak berkuasa tempatan dari kalangan NGO.

Ahli PBT NGO ini mendakwa ianya tidak dapat menyumbangkan apa-apa kecuali mewujudkan satu lagi lapisan birokrasi.

Mengulas lanjut mengenai perkara ini, menteri besar Selangor itu menafikan pemilihan ahli majlis mempunyai kaitan dengan politik dalam sidang media sebelum ini.

Menurut sumber, pemilihan ahli majlis ditentukan oleh ahli politik di peringkat cabang sebelum nama diputuskan ke kerajaan negeri.

Ia menyebabkan berlakunya pergolakan dalaman untuk memutuskan senarai nama ahli majlis bakal dilantik ini.

Ada segelintir ahli majlis digugurkan mempertikaikan keputusan didakwa berat sebelah.

Dengan adanya majlis mengangkat sumpah ahli majlis baru dapat melenyapkan segala isu yang melanda dalam pemilihan ahli majlis pada tahun ini.