“Raja bola Asean” tumpas 0-2 kepada Syria

“Raja bola Asean” tumpas 0-2 kepada Syria

Malaysia gagal bangkit semula setelah tumpas 0-2 kepada Syria pada perlawanan kedua pusingan ketiga kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Skuad Olimpik negara gagal bangkit semula setelah tumpas 0-2 kepada Syria pada perlawanan kedua pusingan ketiga kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Sebelum ini, pada perlawanan pertama pusingan ketiga, Malaysia tumpas 0-2 kepada Jepun di Stadium Tosu, Fukuoka.

Perlawanan itu disaksikan kira-kira 20,000 penyokong dan berlangsung secara sengit apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Skuad bawah 23 tahun bimbingan Ong Kim Swee bermula garang apabila Ahmad Fakri Saarani melakukan cubaan seawal minit kedua namun melepasi gawang gol.

Gandingan Ahmad Fakri dan Wan Zack Haikal Wan Noor telah mengkucar-kacirkan benteng pertahanan skuad Helang Merah (Syria).

See also  Combat Baze redefines leisure standards

Pada hujung babak pertama, Wan Zack Haikal hampir memberi gol pendahuluan kepada skuad Olimpik negara menerusi tandukan hasil sepakan percuma oleh Mohamad Fandi Othman, namun cubaannya tersasar.

Selepas rehat, Skuad Helang Merah memecah kebuntuan pada minit ke-50 menerusi pemain tengah, Solaiman Solaiman menumpaskan penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Tersentak dengan jaringan tersebut, skuad Harimau Muda kembali menyusunjentera serang bagi mencari gol penyamaan.

Khairul Fahmi menjadi wira apabila berjaya menyelamatkan beberapa cubaan berbahaya yang dilakukan jentera serangan Syria.

Syria memperkukuhkan lagi kedudukan menerusi jaringan kedua yang disempurnakan Nassouh Nakkdahli pada minit ke-88.

Ahad ini, Skuad Harimau Muda akan bertemu Bahrain yang sebelum ini kalahkepada Jepun 0-2 di Stadium Al-Riffa, Bahrain pada Selasa.

See also  Sivasangari awarded special prize money for London Classic win

– Bernama