Pasukan Malaysia pamer aksi matang menentang Liverpool

Pasukan Malaysia pamer aksi matang menentang Liverpool

Malaysia menunjukkan aksi matang walaupun kalah dengan pasukan Liverpool 3-6 di Stadium Bukit Jalil Sabtu lalu.

AP Photo

Malaysia menunjukkan aksi matang walaupun kalah dengan pasukan Liverpool 3-6 di Stadium Bukit Jalil Sabtu lalu.

Lebih 80,000 penonton membanjiri stadium untuk melihat aksi pasukan Liverpool buat pertama kali di Malaysia.

Jurulatih negara, K.Rajagopal menurunkan kesebelasan utama negara diketuai kapten pasukan Safiq Rahim manakala pasukan Liverpool membariskan rata-rata pemain mudanya.

Pemain berpengalaman seperti Jamie Carragher, Andy Carroll dan pemain yang baru dibeli dari Blackpool, Charlie Adam turut berada di dalam skuad pasukan Liverpool.

Kedua-dua pasukan bermula dengan hambar walaupun penonton tidak henti-henti bersorak sambil menyanyikan lagu tema pasukan Liverpool. Akhirnya, pada minit ke-25, Liverpool membuka jaringan melalui Charlie Adam menerusi sepakan penalti.

See also  Battle of the Reds: Legends lineup and trophy unveiled

Malaysia mengikat kembali kedudukan 1-1 apabila Safiq Rahim menjaringkan gol cantik menerusi sepakan percuma. Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan seri.

Pasukan Liverpool membuat sebelas pertukaran di separuh masa kedua di mana Alberto Aquilani, Maxi Rodriguez, Dirk Kuyt dan Emiliano Insua dimasukkan.

Liverpool bermula garang di separuh masa kedua apabila David N’Gog menjaringkan dua gol pantas akibat kelekaan benteng pertahanan negara.

Malaysia hilang fokus dan membenarkan Maxi Rodriguez menjaringkan gol keempat Liverpool pada minit ke-76.

Kemasukan penyerang utama negara, Safee Sali membakar semangat pasukan negara yang melancarkan serangan bertubi-tubi ke kubu pertahanan Liverpool. Usaha keras Malaysia berhasil apabila Safee menjaringkan dua gol pantas bagi merapatkan jurang gol kepada 4-3.

See also  MABA & PBA seek Penang's future basketball stars

Malaysia yang rancak menyerang untuk menyamakan kedudukan tidak memberi tumpuan kepada pertahanan dan Maxi mengambil kesempatan ini untuk menjaringkan gol kelima Liverpool pada minit ke-90. Dirk  Kuyt menunjukkan kelasnya yang tersendiri apabila menambah gol keenam untuk Liverpool pada minit-minit akhir permainan.

Selepas perlawanan, Rajagopal memuji corak permainan Malaysia walaupun berhadapan dengan kelab profesional terbaik dunia.

Malaysia akan menentang  pasukan Chelsea pada 21 Julai ini sebelum ke Singapura untuk perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia.