Ayuh Harimau Malaya buktikan kemampuan mu

Ayuh Harimau Malaya buktikan kemampuan mu

Tinggal beberapa jam lagi sebelum perlawanan timbal balik kelayakan Zon Asia piala dunia 2014 bermula antara pasukan Malaysia dan Singapura di Stadium Bukit Jalil jam 8.45 malam ini.

Tinggal beberapa jam lagi sebelum perlawanan kelayakan Zon Asia piala dunia 2014 bermula antara pasukan Malaysia dan Singapura di Stadium Bukit Jalil jam 8.45 malam ini.

Mampukah skuad bimbingan K Rajagopal digelar Harimau Malaya menundukan pasukan Singapura selepas tumpas 5-3 di stadium Jalan Besar dihadiri kira-kira 6,000 penonton baru-baru ini.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Jika dilihat Harimau Malaya perlu menjaringkan 2 atau 3 gol sekurang-kurangnya di tempat sendiri untuk memastikan pasukan itu layak ke perlawanan pusingan ketiga.

Sebanyak 85,000 tiket perlawanan telah habis dijual dan ada ura-ura menjangkakan 10,000 tiket tambahan akan dijual lewat petang ini.

Berikut merupakan maklum balas diterima daripada penyokong Harimau Malaya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Salah seorang penyokong tegar, Zam Izham Hamzah, dari Keramat berkata berdasarkan keputusan perlawanan sebelum ini, semua  perlu bergantung kepada benteng pertahanan dan secara keseluruhan kerjasama sebagai satu pasukan bagi memastikan Harimau Malaya layak ke pusingan seterusnya.

See also  Paramount Cup 2026 expands pickleball reach with community impact

“Sebab kita bermain di gelanggang sendiri, moral support memang confirm ada, terpulang kepada Harimau Malaya untuk membuktikan dihadapan puluhan ribuan penyokong yang membanjiri stadium,” katanya.

Sementara itu, Norhidayu Mokhtar, dari Petaling Jaya menjangkakan Harimau Malaya menang dengan jumlah gol 3 berbalas 1.

Menurutnya berbanding tahun sebelum ini, pada tahun ini pasukan bola sepak mendapat sokongan penuh daripada rakyat negara ini.

” Saya kecewa kerana tidak dapat menonton perlawanan malam ini kerana tiket habis awal.

” Malah, saya mendapat tahu ada penyokong daripada luar Lembah Klang dah beli awal menyebabkan tiket habis,” katanya.