Kapal selam selamat dipindahkan ke tapak muzium

Kapal selam selamat dipindahkan ke tapak muzium

Kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 seberat 1,300 tan telah berjaya dipindahkan ke daratan dan kini diletakkan di tapak Muzium Maritim di Klebang.

Kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 seberat 1,300 tan telah berjaya dipindahkan ke daratan dan kini diletakkan di tapak Muzium Maritim di Klebang.

Ketua Pegawai Eksekutif Felda Transport Services Sdn Bhd Zainal Abidin Ujud berkata kapal selam tersebut sebelum ini ditunda dari baj ke jeti sementara pada pukul 8 pagi.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Kerja menaikkan ke darat bermula pada pukul 1 tengah hari menggunakan treler, “Self Propel Multi-Axle Trailer” (SPMT) yang mempunyai 460 buah tayar menggunakan alat kawalan jauh,” katanya ketika ditemui pemberita di tapak muzium itu semalam.

Katanya, kerja pemindahan kapal selam itu dari jeti sementara ke tapak kompleks muzium itu yang jaraknya sejauh 1.8 kilometer mengambil masa selama empat setengah jam.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata Malaysia khususnya negeri Melaka akan setanding dengan negara maju di dunia apabila mempunyai muzium kapal selam.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →
See also  Bharatanatyam maestro Shanmuga Sundaram to perform at Sutra House

“Antara negara lain yang mempunyai muzium kapal selam ialah Australia, Belgium, Canada, Rusia, Finland, Perancis, India, Jepun dan Jerman,” katanya kepada pemberita selepas turut melawat kerja menaikkan kapal selam tersebut.

Mohd Ali berkata projek muzium keseluruhan bernilai RM12.6 juta itu akan menjadi produk baru dan dapat menarik ribuan pelancong ke Melaka.

Katanya, muzium itu juga boleh menjadi pusat kajian dan penyelidikan kapal selam.

“Dan saya berharap ini akan menarik lebih ramai peminat-peminat muzium, pelatih-pelatih tentera laut, pelajar-pelajar dan generasi muda,” katanya.

Beliau berkata orang ramai berpeluang menyaksikannya secara percuma selama 10 hari mulai 22 Nov ini.

Felda Transport Services Sdn Bhd adalah syarikat bertanggungjawab mengangkut kapal berukuran 67.5 meter panjang, 11.7 meter tinggi dan 6.5 meter lebar itu dari sebuah pelabuhan di Perancis pada 12 Okt lalu.

See also  Center for Strategic Research and Discover Russia Showcase Russia’s Tourism Potential at PATA Travel Mart 2026 in Malaysia

Ia tiba di perairan Selat Melaka berhampiran Klebang pada hari Ahad lalu selepas 31 hari pelayaran.

Kapal selam itu yang dibina pada 1979 dan milik tentera Perancis pernah digunakan untuk latihan pegawai-pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Perancis sebagai persiapan untuk mereka mengendali kapal selam Scorpene yang dibeli oleh Malaysia dari negara itu.

Sebahagian daripada pakej pembelian, TLDM juga menerima kapal SMD Ouessant yang kemudian diserahkan kepada kerajaan Negeri Melaka.

– Bernama