Alumni bantah keputusan roboh asrama Yayasan Selangor

Alumni bantah keputusan roboh asrama Yayasan Selangor

Persatuan Alumni Asrama Yayasan Selangor hari ini menghantar memorandum ke pejabat MB Selangor membantah keputusan yayasan itu merobohkan dua buah asrama.

Persatuan Alumni Asrama Yayasan Selangor (PAYS) hari ini menghantar memorandum ke pejabat Menteri Besar Selangor membantah keputusan yayasan itu merobohkan dua buah asrama pelajar di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Wakil persatuan, Badrulzaman Baharuddin berkata Yayasan Selangor telah lari dari matlamat penubuhannya untuk membantu pelajar luar bandar di negeri itu mendapat pendidikan di bandar demi merapatkan jurang pendidikan antara kedua-dua kawasan.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Alasan merobohkan asrama itu tahun depan untuk pembangunan projek komersial tidak boleh diterima, kata Badrulzaman kepada pemberita di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.

Dua asrama itu ialah Asrama Tun Dr Ismail yang menempatkan pelajar lelaki dan Asrama Toh Puan Norashikin bagi pelajar perempuan.

Kebanyakan mereka adalah pelajar Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas dan Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist di Kuala Lumpur.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Badrulzaman berkata 476 pelajar terlibat diberikan notis untuk mengosongkan asrama menjelang akhir tahun ini.

– Bernama