Muzium Negeri Pulau Pinang peroleh 3 bintang dari Jabatan Audit Negara

GEORGETOWN – Dalam Laporan Audit Ketua Negara bagi tahun 2011 baru baru ini , Pulau Pinang telah dilaporkan pada tahap yang baik di dalam laporan tersebut.

Muzium Negeri Pulau Pinang

Di bawah Enakmen Bilangan tiga Tahun 1972, kerajaan negeri Pulau Pinang telah menubuhkan Lembaga Muzium Negeri yang bertujuan untuk memulihara serta menjaga warisan dan khazanah negeri dengan sempurna dan sistematik.

Objektif penubuhannya adalah jelas iaitu untuk mengumpul,memilih dan memelihara segala khazanah dan juga warisan silam negeri agar dapat diabadikan selamanya di satu ruang yang sempurna dan dapat di lawati dan dihargai oleh generasi masa depan Pulau Pinang.

Dalam Laporan Audit Ketua Negara bagi tahun 2011 baru baru ini , Pulau Pinang telah dilaporkan pada tahap yang baik di dalam laporan tersebut.

Proses audit yang dijalankan pada Jun 2011, hingga September 2011 itu antara lain juga mendapati keseluruhan prestasi pengurusan koleksi dan artifak sejarah Lembaga Muzium di tahap yang memuaskan.

Pengurusan kewangan bagi Lembaga Muzium juga telah menunjukkan prestasi yang baik bila mana ia telah mencapai tahap tiga bintang (baik) bagi tahun 2011 berbanding dengan tahun 2008 yang hanya merekodkan “Star Rating” dua bintang (memuaskan).

Walaupun begitu, masih terdapat banyak perkara yang wajar diberikan perhatian dan harus dilakukan terutamanya dari segi aspek pematuhan prinsip dan juga prosedur kualiti seperti perolehan,pendaftaran dan juga penyimpanan.

See also  IKAT 2.0 Penang Edition celebrates Malaysian textile

Antara pengubahsuaian yang dicadangkan oleh Lembaga Audit Negara, ialah penyelenggaraan stor penyimpan koleksi lukisan dan artifak dengan lebih baik dan sistematik. Konservasi terhadap artifak sejarah juga harus di ambil berat.

Mengambil kira saranan itu, Muzium Pulau Pinang yang telah sekian lama menduduki premis sekarang iaitu sejak dari tahun 1964, pihak pengurusannya telah menangani isu tersebut apabila mula menduduki bangunan No 57 yang terletak di Jalan Macalister secara beransur ansur.

Premis yang terletak di Jalan Macalister itu telah mendapat kelulusan untuk diduduki daripada Lembaga Pemegang Amanah Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Dengan ruang yang lebih luas, pihak muzium dapat mempamerkan artifak artifak sejarah yang bersaiz lebih besar di premis baru tersebut.

Lembaga Muzium negeri Pulau Pinang juga telah meluluskan permohonan pihak pengurusan untuk perlaksanaan mendapatkan pensijilan ISO dalam mesyuarat yang telah diadakan pada 29 Mac 2012.

Seperti yang telah disyorkan oleh pihak audit negara supaya memastikan semua pendaftaran dan rekod koleksi lukisan dan artifak dan juga membuat verfifikasi secara menyeluruh terhadap stok yang menjadi milik muzium, pihak pengurusan muzium telah mengambil inisiatif untuk mengkaji semula prosedur prosedur kerja yang ada bagi tujuan penyelarasan proses kerja dalam pengendalian dan pengurusan koleksi artifak berharga muzium.

See also  Inaugural Bah Kut Teh Festival captivates taste buds in Klang

Pihak muzium kini dalam proses menyenaraikan sejumlah artifak dan lukisan yang perlu dibaik pulih untuk dirujuk kepada kepada para pakar restorasi di Jabatan Muzium Malaysia untuk khidmat nasihat dan juga teknikal.

Laporan audit Negara juga telah menunjukkan bahawa berbagai bagai aktiviti telah dijalankan oleh pihak pengurusan muzium bagi merakyatkan muzium tersebut.

Dalam tempoh dari tahun 2009 ke 2011, Muzium Negeri dan Balai Seni Lukis telah menjalankan sejumlah 102 aktiviti bagi pengunjung yang bertandang ke lokasi tersebut.

Selain itu pihak pengurusan muzium dan Balai Seni Lukis juga telah menganjurkan pelbagai aktiviti seni sepanjang tempoh tersebut.

Statistik telah menunjukkan bahawa peningkatan jumlah kehadiran pengunjung ke Muzium negeri pada setiap tahun iaitu seramai 55,747 orang pada tahun 2009 ke 65,951 orang pada tahun 2011.

Kehadiran pengunjung di Balai Seni Lukis juga telah bertambah dari 6,691 orang pada tahun 2009 kepada 11,554 orang pada tahun 2011.

Peningkatan peningakatan ini adalah amat memberangsangkan dan diharap tahun ini jumlah pengunjung akan lebih ramai lagi.

Avatar photo

Imran Hilmy

is born and raised in Penang Island and throughout of his younger days has a knack of lyrics and poem writings.Loves to read on history, politics and religions. He believes that he has a role in making this world a better place through his capacity as a Citizen Journalist in CJ.MY.