Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 ditangguhkan Julai hadapan

Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 ditangguhkan Julai hadapan

Datuk Bandar, Ahmad Fuad Ismail berkata tujuan penangguhan berikutan beberapa isu perlu diselesaikan sebelum Draf PBRKL 2020 boleh diwartakan pemakaiannya.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menangguhkan pewartaan Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur (PBRKL) 2020 sehingga Julai tahun hadapan.

Datuk Bandar, Ahmad Fuad Ismail berkata tujuan penangguhan berikutan beberapa isu perlu diselesaikan sebelum Draf PBRKL 2020 boleh diwartakan pemakaiannya.

“Antaranya mengkaji semula cadangan sambungan lebuhraya NPE dan lebuhraya DUKE yang dilihat memberi kesan negatif terhadap pembangunan ‘River of Life’  kawasan warisan di Pusat Bandar Raya serta menimbulkan masalah penyuraian trafik di Jalan Tun Razak.

“Memastikan cadangan koridor infrastruktur diambilkira sepenuhnya terdiri daripada cadangan laluan MRT yang melibatkan fasa kedua koridor ‘Circle Line’ dan fasa ketiga koridor ‘Green Line (Kepong ke Serdang) serta mekanisme dan business model pembangunan semula Kampung Bharu masih belum dapat diperincikan dan dimuktamadkan,” katanya pada sidang media di bangunan DBKL, petang tadi.

See also  Malaysia ranks 4th globally in skyscraper count

Mengulas lanjut, Ahmad Fuad berkata proses pindaan draf PBRKL 2020 berasaskan penelitian Jawatankuasa Pendengaran Pandangan Awam di mana sejumlah 5,052 representasi melibatkan 62,224 pandangan telah diterima.

Sehubungan itu, katanya pihaknya memberikan tempoh masa panjang kepada orang ramai dan individu untuk mengemukakan pandangan dan cadangan berkaitan.

“Dalam tempoh sembilan bulan itu, kita berharap akan dapat mengumpulkan lebih banyak maklumat mungkin (lima bulan awal),” katanya.

Mengulas lanjut isu sensitif melibatkan pembangunan, Ahmad Fuad menggesa orang ramai atau individu mempunyai cadangan dan pandangan untuk mengemukakan dalam tempoh tersebut.

Malah, beliau turut melahirkan perasaan kecewa terhadap orang ramai dan individu tidak mengikuti seminar dianjurkan PBRKL 2020 sebaliknya menggunakan media massa untuk mengkritik hasil keputusan tersebut.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

“Kalau mereka betul-betul kritikal, masuk dalam gelanggang (seminar), jangan cakap diluar kerana apa yang saya difahamkan mereka (mengkritik) tidak hadir dalam seminar.

” Sehubungan itu, kita akan anjurkan seminar berkaitan pengangkutan dalam tempoh terdekat dengan menyemak dan mengkaji kandungan dalam buku pelan PBRKL 2020. Mana-mana pelan terbaru kita akan maklumkan kepada orang ramai,” katanya.