Demam kuning: Pelawat ke negara berisiko dinasihat dapatkan suntikan vaksin

Demam kuning: Pelawat ke negara berisiko dinasihat dapatkan suntikan vaksin

Pelawat dari Malaysia dinasihat mendapatkan suntikan vaksin demam kuning sebelum melawat ke negara yang berisiko
mengalami transmisi penyakit itu.

Pelawat dari Malaysia dinasihat mendapatkan suntikan vaksin demam kuning sebelum melawat ke negara yang berisiko
mengalami transmisi penyakit itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Hasan Abdul Rahman berkata langkah itu bertujuan memastikan negara ini bebas daripada penyakit demam kuning.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Suntikan vaksin demam kuning perlu diambil 10 hari sebelum melawat ke negara-negara berkenaan untuk perlindungan berkesan terhadap penyakit itu, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pelawat yang tiba dari atau telah melawat negara berisiko kurang daripada enam hari daripada tarikh berlepas serta gagal menunjukkan sijil vaksinasi demam kuning yang sah, boleh dikuarantin untuk tempoh tertentu tidak melebihi enam
hari, katanya.

Dr Hasan berkata sehingga kini Malaysia bebas daripada penyakit demam kuning walaupun mempunyai vektor pembawa penyakit itu iaitu nyamuk Aedes aegypti.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →
See also  Over 800 gather for TalkHealthAsia women’s health summit

“Kadar fataliti penyakit demam kuning boleh mencapai sehingga 50 peratus, namun begitu belum ada rawatan khusus penyakit ini,” katanya.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) setakat ini menyenaraikan 42 negara di Afrika, Amerika Selatan dan Amerika Tengah sebagai berisiko mengalami transmisi demam kuning.

Negara-negara itu ialah Angola, Benin, Burkisa Faso, Burundi, Cameroon, Central Africa Republic, Chad, Congo, Democratic Republic of Congo, Cote d’Ivoire, Ethopia, Gabon, Gambia, Ghana, Guinea, Guinea-Bissau, Equatorial-Guinea, Kenya, Liberia, Mali, Mauritania, Niger, Nigeria, Rwanda, Senegal, Sierra Leone, Sudan, Togo dan Uganda di Afrika.

Argentina, Bolivia, Brazil, Colombia, Ecuador, French Guiana, Guyana, Paraguay, Panama, Peru, Suriname, Trinidad & Tobago dan Venezuela di Amerika Selatan dan Amerika Tengah.

See also  Over 800 gather for TalkHealthAsia women’s health summit

Dr Hasan berkata Kementerian Kesihatan telah menyenaraikan 19 pusat vaksinasi demam kuning di Malaysia yang diiktiraf iaitu Bahagian Penyelidikan Virus di Institut Penyelidikan Perubatan; Mont Kiara Medical City, KLCC;
Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (Bahagian Kesihatan Primer) di Wangsa Maju; Klinik Kesihatan Putrajaya, Putrajaya; Prince Court Medical Centre Sdn Bhd, Jalan Kia Peng dan Gleneagles Intan Medical Centre di Jalan Ampang.

Suktikan vaksin itu juga boleh didapati di Pulau Pinang Port Health Office, Tuanku Syed Putra Building di Jalan Downing; Pejabat Kesihatan Kinta, di Batu Gajah; Columbia Asia Medical Centre, Miri, Sarawak; Pejabat Kesihatan, Jabatan
Kesihatan Bahagian, Kuching, Sarawak dan Poliklinik Komuniti Beserah di Kuantan.

– Bernama