Kerajaan Selangor dahului kerajaan pusat berhubung rumah mampu milik

Kerajaan Selangor dahului kerajaan pusat berhubung rumah mampu milik

Memetik laman blognya, berikut merupakan jawapan Iskandar yang juga ADUN Chempaka pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berkaitan rumah mampu milik baru-baru ini.

Pelaksanaan rumah mampu milik Negeri Selangor telah dimulakan dalam tahun 2009 dengan perbincangan bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan beberapa pemaju swasta.

Exco perumahan, pengurusan bangunan dan setinggan negeri, Iskandar Samad berkata inisiatif dilaksanakan kerajaan negeri ini mendahului kerajaan persekutuan yang baru sahaja dilancarkan tahun ini.

Memetik laman blognya, berikut merupakan jawapan beliau yang juga ADUN Chempaka pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berkaitan rumah mampu milik baru-baru ini.

Tujuan pembinaan rumah mampu milik

Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada golongan sasaran yang tidak dapat membeli rumah kerana pendapatan isi rumah bulanan mereka lebih dari RM2,500.

Selain itu, golongan ini juga tidak mampu membeli rumah kos tinggi.

Oleh itu, program yang diadakan ini adalah untuk mereka yang berpendapatan isi rumah bulanan di antara RM2,500 dan RM5,000.

Program ini adalah juga untuk golongan muda yang amat memerlukan rumah kediaman di mana 40 peratus projek rumah mampu milik PKNS adalah untuk mereka berumur di bawah 35 tahun.

Senarai projek rumah mampu milik PKNS

Cadangan pelaksanaan projek-projek rumah mampu milik PKNS adalah seperti berikut,

1) Bandar Baru Bangi – 124 Unit – telah dilancarkan dan telah dimulakan.

2) Kampung Seri Temenggong, Gombak – 480 unit – akan dilaksanakan 2011

3) Kota Puteri ( Seksyen 5 – Fasa 1 ) – 162 unit – akan dilaksanakan 2011

4) Kota Puteri ( Seksyen 5 – Fasa 2 ) – 180 unit – akan dilaksanakan 2011

5) Kota Puteri ( Seksyen 8 ) – 160 unit – akan dilaksanakan 2011

6) Kota Puteri ( Seksyen 9 – Fasa 1 ) – 200 unit – akan dilaksanakan 2011

7) Kota Puteri ( Seksyen 9 – Fasa 2 ) – 354 unit – akan dilaksanakan 2011

See also  Gen Starz Residences brings vibrant living to Old Klang Road

8 ) Bukit Bandaraya, Shah Alam – 246 unit – akan dilaksanakan 2011

9 ) U12, Shah Alam – 1,000 unit – akan dilaksanakan 2012 hingga 2017

10) U10, Bukit Cerakah – 600 unit – akan dilaksanakan 2016 hingga 2021

11) Antara Gapi, Hulu Selangor ( Seksyen 1D – Fasa 1 ) – 200 unit – akan dilaksanakan 2011

12) Antara Gapi, Hulu Selangor ( Seksyen 1D – Fasa 2 ) – 308 unit – akan dilaksanakan 2012

13) Bernam Jaya, Laman 5 – 710 – akan dilaksanakan 2017 hingga 2021

14) Bernam Jaya, Laman 9 – 440 – akan dilaksanakan 2017 hingga 2021

15) Selangor Science Park 2 ( Seksyen 4 – Fasa 1 ) – 350 unit – akan dilaksanakan 2012

16) Selangor Science Park 2 ( Seksyen 4 – Fasa 2 ) – 490 unit – akan dilaksanakan 2013 hingga 2015

Jumlah keseluruhan sebanyak 11,001 unit.

Penglibatan pemaju swasta

Selain dari rumah mampu milik yang akan dibina oleh PKNS, beberapa pemaju swasta telah bersetuju untuk membina rumah mampu milik.

Di antara lokasi-lokasinya setakat ini adalah seperti berikut :-

1) U10, Shah Alam – 536 unit – menunggu kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk meminda dari rumah kos rendah kepada rumah mampu milik.

2) Sg. Long, Hulu Langat – 136 unit – dalam pembinaan.

Sehubungan itu, Kerajaan negeri akan mengadakan lebih banyak rundingan dengan pemaju-pemaju swasta.

Kajian keperluan rumah mampu milik

Kerajaan negeri telah melantik unit perunding Universiti Malaya (UM) untuk mengkaji keperluan rumah milik di Selangor.

Kajian ini telah berjalan dari Jun hingga Disember 2011.

Kerajaan Negeri telah mencadangkan kajian ini dilakukan bersama REHDA dengan kos keseluruhan RM100,000 dikongsi 50:50.

Tetapi REHDA telah tidak mahu turut serta maka Kerajaan Negeri telah menanggung keseluruhan kos RM100,000 itu.

See also  Gen Starz Residences brings vibrant living to Old Klang Road

Perbezaan rumah mampu milik kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan

Kerajaan Negeri – pendapatan isi rumah bulanan RM2,500 hingga RM5,000
Kerajaan Persekutuan – pendapatan isi rumah bulanan RM3,000 hingga RM6,000

Kerajaan Negeri – harga jualan di bawah RM100,000.
Kerajaan Persekutuan – harga jualan RM100,000 hingga RM220,000.

Kerajaan Negeri – pelbagai rekabentuk menurut keperluan – 1 bilik, 2 bilik, 3 bilik dan 4 bilik serta yang fleksibel iaitu di mana jumlah bilik boleh ditambah dan dikurangkan menurut keperluan.
Kerajaan Persekutuan – Minima 3 bilik

Kerajaan Negeri – pembelian rumah pertama diutamakan
Kerajaan Persekutuan – khusus untuk pembelian rumah pertama

Kerajaan Negeri – pemilik rumah kos rendah boleh membeli rumah mampu milik setelah 5 tahun memiliki rumah kos rendah jika mahu kediaman yang lebih luas.
Kerajaan Persekutuan – tidak dinyatakan

Kerajaan Negeri – terdapat kediaman untuk golongan kurang upaya
Kerajaan Persekutuan – tidak dinyatakan

Kerajaan Negeri – terdapat kediaman untuk warga emas
Kerajaan Persekutuan – tidak dinyatakan

Peraduan menamakan rumah mampu milik Selangor

Kerajaan Negeri telah menganjurkan untuk menamakan rumah mampu milik Selangor dengan hadiah pertama RM1,500.

Peraduan ini telah ditutup dan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan memilih pemenangnya dalam masa 2 minggu.

Pendaftaran untuk membeli rumah mampu milik

Mereka yang berminat bolehlah mendaftar dengan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) yang akan membuat pemilihan pembeli.

Kawalan ke atas spekulasi

Kerajaan negeri sedang mengkaji dua kaedah untuk memastikan tidak berlaku spekulasi di dalam pembelian rumah mampu milik iaitu :-

1) Menghalang sebarang jualan rumah mampu dalam masa 5 tahun selepas pemilikan dengan menghalang pindah milik.

2) Mensyaratkan jualan semula rumah mampu milik hanya kepada Kerajaan Negeri dengan menghadkan keuntungan yang diperolehi.