Laman Facebook kementerian pelancongan tahap kanak-kanak

Laman Facebook kementerian pelancongan tahap kanak-kanak

Menteri Pelancongan Dr Ng Yen Yen membidas DAP kerana mempersenda bahawa kanak-kanak berumur enam tahun pun boleh membangunkan muka surat Facebook untuk mempromosi pelancongan Malaysia.

Menteri Pelancongan Dr Ng Yen Yen membidas DAP kerana mempersenda bahawa kanak-kanak berumur enam tahun pun boleh membangunkan muka surat Facebook untuk mempromosi pelancongan Malaysia.

“Saya ketawa dan berasa sangat sedih terhadap DAP. Mereka menggunakan platform DAP untuk membandingkan rangkaian sosial kita yang dibina secara profesional dan tersiar secara global,” katanya kepada pemberita di sini hari
ini.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Beliau berkata seseorang telah memutarbelit bahawa kanak-kanak berumur enam tahun boleh berbuat begitu dan menyifatkan DAP sebagai mahu menyeleweng fakta kerana tidak memahami rangkaian sosial profesional dan digital komersial.

Dr Ng  diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa Kementerian Pelancongan membelanjakan RM1.8 juta untuk menyiapakan muka surat Facebook selepas mengumumkan penyanyi tempatan Fish Leong dilantik sebagai Duta Pelancongan Malaysia ke China, Hong Kong dan Taiwan.

See also  Center for Strategic Research and Discover Russia Showcase Russia’s Tourism Potential at PATA Travel Mart 2026 in Malaysia

– Bernama

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →