Penyaluran air mentah ke Selangor dijangka siap pada 2014

Penyaluran air mentah ke Selangor dijangka siap pada 2014

Projek penyaluran air mentah Pahang ke Selangor berjalan lancar dan dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2014, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Projek penyaluran air mentah Pahang ke Selangor berjalan lancar dan dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2014, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata kemajuan projek sehingga akhir Oktober lepas adalah sebanyak 17 peratus.

“Kesemua komponen projek telah ditender di mana dua komponen projek telah ditawarkan dan kini dalam pelaksanaan, manakala dua lagi komponen projek dijangka akan ditawarkan pada penghujung tahun ini,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Dr Ng Keong Chye (BN-Ketari) mengenai perkembangan projek berkenaan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di sini, hari ini.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Adnan berkata dua komponen projek berkenaan iaitu pembinaan terowong penyaluran air dan kerja-kerja berkaitan, dan pembinaan muka sauk, rumah pam dan kerja-kerja berkaitan berjalan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan.

See also  GE Aerospace volunteers remove 142kg of waste from Bagan Lalang

Dua lagi komponen projek iaitu pembinaan empangan Kelau dan kerja-kerja berkaitan, dan pembinaan saluran paip dan kerja-kerja berkaitan dijangka dilaksanakan hujung tahun ini.

Sementara itu ketika menjawab soalan Datuk Aziz Mat Kiram (BN-Batu Talam) mengenai pembalakan haram di Pahang yang dilihat masih berterusan, Adnan berkata kerajaan negeri sentiasa memandang serius jenayah berkenaan.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

“Jabatan Perhutanan sentiasa menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan undang-undang di semua daerah melalui perundangan Akta Perhutanan Negara 1984,” kata Adnan.

Beliau berkata antara langkah yang diambil ialah penubuhan pasukan penguatkuasaan hutan di peringkat negeri dan daerah, mengadakan rondaan di kawasan sensitif termasuk menggunakan helikopter, dan menggunakan teknologi terkini bagi mengesan kegiatan mencuri balak.

See also  Over 100 bird species recorded across Seberang Perai forests

“Pejabat Tanah dan Galian bersama pejabat Daerah dan Tanah juga bercadang mewujudkan zon penguatkuasaan dan pasukan petugas khas di samping mengingatkan semua penghulu di daerah mengenai peranan mereka sebagai pemberi maklumat,” katanya.

-Bernama