Hutan paya bakau kini tinggal 50 peratus sahaja

Hutan paya bakau merupakan hutan unik yang mampu bertaburan di kawasan persekitaran ekstrim dan air masin dan berfungsi sebagai habitat semula jadi .

Hutan paya bakau merupakan ekosistem hutan yang unik menjadi benteng semulajadi di kawasan persekitaran ekstrim.

Hutan ini terdiri daripada pelbagai spesies pokok bakau seperi Bakau Kurap, Bakau Minyak, pelbagai jenis Tumu, Nyireh dan sebagainya.

Selain berfungsi sebagai habitat semula jadi pelbagai spesies flora dan fauna, hutan paya bakau berperanan sebagai pelindung semula jadi kepada bencana alam seperti tsunami, ombak besar serta ribut.

Hutan paya bakau di Taman Negara Johor Pulau Kukup

Nilai ekonomi hutan paya bakau untuk penduduk setempat tidak boleh dipertikaikan sama sekali. Ia menyediakan sumber ekonomi sama ada dari sumber perikanan, kayu arang dan peluang eko pelancongan.

Akhbar Berita Harian melaporkan bahawa Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Dr Wan Kamal Mujani berkata keluasan hutan paya bakau di negara ini dikatakan hanya tinggal kira-kira 50 peratus sejak negara mencapai kemerdekaan.

See also  A Greener Malaysia: Rethink e-waste strategies

Kini hanya terdapat 620,000 hektar paya bakau yang menjadi ‘benteng semulajadi’.

Selain daripada impak alam sekitar, masalah kemusnahan hutan paya bakau ini memberi kesan mendalam terhadap kehidupan masyarakat Orang Seletar yang tinggal di pesisir pantai dan sungai-sungai yang terletak di Selat Johor.

Avatar photo

CJMY

For any inquiries or to submit a press release, please send an email CJ Editor at [email protected].