.
Keunikan kumpulan orkestra yang menggunakan peralatan musik yang diperbuat daripada buluh sememangnya mendapat perhatian umum.
Orkestra yang dianggotai oleh 30 orang ahli musik berasal dari Kundasang, Ranau.
Kumpulan ini diketuai oleh Koliadie Watiman yang juga merupakan pengurus bagi orkestra ini.
Konsep yang diterapkan oleh orkestra ini adalah keprihatinan kepada alam sekitar di mana alat-alat yang digunakan adalah bahan-barang terpakai seperti buluh, kayu dan selipar getah.
Menurut Koliadie, objektif kumpulan ini adalah untuk memupuk keprihatinan terhadap alam sekitar, meneruskan penggunaan alat muzik tradisional seperti Sompoton, Sundatang, Suling dan Tegungak agar terus diingati oleh golongan muda mudi dan juga generasi akan datang.
Orkestra Bambu ini juga merupakan salah satu daripada produk Sabah untuk menarik pelancong untuk mengetahui lebih terperinci tentang bunyi-bunyian tradisional Sabah.
Alat-alat yang digunakan dalam bunyi-bunyian ini ialah Kulintangan Bambu, Tagongak, Sompoton, Suling, Tungkabor, Gendang, Gitar Bambu dan Sandatang.
Orkestra ini mempunyai album sendiri dan juga juara pertandingan orkestra Bambu Pusat Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) sebanyak tiga kali berturut-turut.
Mereka juga pernah meraih kejuaraan pertandingan Ilham Desa peringkat kebangsaan, mewakili Malaysia ke Jepun, Korea, Brunei, Indonesia , Thailand dan Hong Kong