Orkestra Bambu serlah keunikan budaya Sabah

RANAU – Bahan yang digunakan sebagai alat musik adalah dari bahan terpakai seperti buluh, kayu dan selipar getah.

Peralatan musik yang diperbuat dengan buluh

.

Keunikan kumpulan orkestra yang menggunakan peralatan musik yang diperbuat daripada buluh sememangnya mendapat perhatian umum.

Orkestra yang dianggotai oleh 30 orang ahli musik berasal dari Kundasang, Ranau.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Kumpulan ini diketuai oleh Koliadie Watiman yang juga merupakan pengurus bagi orkestra ini.

Konsep yang diterapkan oleh orkestra ini adalah keprihatinan kepada alam sekitar di mana alat-alat yang digunakan adalah bahan-barang terpakai seperti  buluh, kayu dan selipar getah.

Menurut Koliadie, objektif kumpulan ini adalah untuk memupuk keprihatinan terhadap alam sekitar, meneruskan penggunaan alat muzik tradisional seperti Sompoton, Sundatang, Suling dan Tegungak agar terus diingati oleh golongan muda mudi dan juga generasi akan datang.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →
See also  ART KL debuts October celebrating Southeast Asia's emerging contemporary artists

Orkestra Bambu ini juga merupakan salah satu daripada produk Sabah untuk menarik pelancong untuk mengetahui lebih terperinci tentang bunyi-bunyian tradisional Sabah.

Alat-alat yang digunakan dalam bunyi-bunyian ini ialah Kulintangan Bambu, Tagongak, Sompoton, Suling, Tungkabor, Gendang, Gitar Bambu dan Sandatang.

Orkestra ini  mempunyai album sendiri dan juga juara pertandingan orkestra Bambu Pusat Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) sebanyak tiga kali berturut-turut.

Mereka juga pernah meraih kejuaraan pertandingan Ilham Desa peringkat kebangsaan, mewakili Malaysia ke Jepun, Korea, Brunei, Indonesia , Thailand dan Hong Kong

Rita Benjamin