UGUTAN POLIS: Isteri tahanan ISA buat laporan polis lanjutan

JOHOR BAHRU : Pihak polis yang meminta saya supaya memberikan kerjasama tetapi, tambah Nur Heni, permintaan itu seakan akan dalam bentuk ugutan.

Seorang suri rumahtangga mendakwa bahawa beliau diugut oleh anggota polis di kem tahanan Kamunting, tampil membuat laporan lanjutan di balai polis Ulu Tiram, Johor Bahru, hari ini.

Hal ini ada berhubung dengan laporan yang beliau mendakwa telah di ugut polis dalam laporannya pada 7 Julai lalu.

Beliau ditemani oleh aktivis Liberty For Lawyer, Haijan Omar.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Nur Heni, isteri kepada Razali, seorang tahanan ISA menyatakan bahawa beliau rasa sedih dan tertekan dengan situasi yang dihadapinya, kata beliau apabila ditemubual oleh wartawan CJMY.

“PM Cakap, tahanan ISA dibebaskan, sampai sekarang belum dibebaskan”, kata Nur Heni

Menurut beliau, suaminya yang ditahan dibawah akta ISA tetapi tidak mendapat perlindungan yang sewajarnya sepanjang dalam tempoh tahanan.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Pihak polis yang meminta supaya saya memberikan kerjasama tetapi, tambah Nur Heni,  permintaan itu seakan akan dalam bentuk ugutan.

Razali adalah diantara 45 lagi tahanan yang masih ditahan di kem tahanan Kamunting sehingga hari ini.

Azizan Yunus