Bajet 2012: Tiada penjelasan menyeluruh sektor pelancongan, hotel

Bajet 2012: Tiada penjelasan menyeluruh sektor pelancongan, hotel

Maklumat dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan pembentangan Bajet 2012 pada Jumaat lalu tidak memberikan huraian menyeluruh sektor pelancongan dan perhotelan.

Maklumat atau fakta dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan  pembentangan  Bajet 2012 pada Jumaat lalu tidak memberikan huraian menyeluruh sektor pelancongan dan perhotelan.

Perdana menteri hanya membentangkan jumlah bilangan dan pendapatan pengunjung asing.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Dengan memetik kenyataan  “Pada tahun 2010, seramai 25 juta pengunjung asing melawat negara dengan pendapatan RM56 bilion”.

Persoalannya, bagaimana pula dengan jumlah pengunjung dalam negara dan pendapatan pada tahun 2010. Kenapa tidak dinyatakan sekali.

Sebagai contoh, setiap negeri menjalankan aktiviti mempromosikan sub sektor pelancongan dibawah Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) dan setiap tahun mensasarkan berapa juta bilangan pengunjung luar dan dalam negeri berkunjung.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Sudah semestinya MTPN mencatatkan butiran terperinci statistik bilangan pengunjung luar dan dalam negeri sebagai contoh pengunjung luar dari negara mana yang kerap lawat dan pengunjung dalam negara, penduduk negeri mana yang kerap.

See also  Center for Strategic Research and Discover Russia Showcase Russia’s Tourism Potential at PATA Travel Mart 2026 in Malaysia

Bermalam atau singgah, kalau bermalam berapa hari, bilangan meningkat atau menurun dan membuat perbandingan dengan negeri lain.

Selain itu, mengapa hanya dikhususnya Pulau Langkawi untuk dibangunkan semula sedangkan ada banyak tempat lain yang menarik, sebagai contoh, Pulau Perhentian di Terengganu, Pulau Sibu di Mersing dan banyak lokasi lain di negara ini.

MENYENTUH BIDANG PERHOTELAN

Perdana menteri juga ada menyebut bagi menggalakkan lagi pelaburan dalam bidang perhotelan setanding dengan hotel terkemuka di dunia.

Katanya, kerajaan mencadangkan pengusaha yang melabur dalam hotel baru bertaraf empat dan lima bintang di Semenanjung Malaysia diberi galakan “Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60 peratus bagi tempoh lima tahun”.

“Galakan cukai yang serupa telah diberi kepada pengusaha hotel di Sabah dan Sarawak.

“Di samping itu, kerajaan akan memperbadankan Malaysia Healthcare Travel Council bagi membangun dan mempromosi negara sebagai destinasi utama penjagaan kesihatan di rantau ini,” kata Najib.

See also  Center for Strategic Research and Discover Russia Showcase Russia’s Tourism Potential at PATA Travel Mart 2026 in Malaysia

Secara logiknya, kebanyakan hotel empat dan lima bintang di negara ini dimiliki pelabur asing sebagai contoh di Melaka.

Berdasarkan pengalaman sebelum ini, untuk mendapatkan taraf status hotel bertaraf empat dan lima bintang “rumit” sudah mesti kos pembinaan mahal (*inspection dan prosedur ketat). * rujuk agensi pelancongan.

Manakala homestay, resort, chalet, bajet hotel pula rata-rata dimiliki orang tempatan.

Rata-rata kebanyakan pengusaha tempatan ini ada yang terpaksa gulung tikar kerana tiada bantuan dari segi promosi dan peruntukan modal diberikan oleh kerajaan untuk bersaing dengan pengusaha luar.

Persoalannya mengapa tidak disentuh langsung soal bantuan untuk pengusaha tempatan, pembentangan bajet itu boleh diibaratkan seperti pepatah “jangan sampai kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan”.