Ibu bapa dakwa anak ditumbuk guru di SMK Mergong

Ibu bapa dakwa anak ditumbuk guru di SMK Mergong

Ibu bapa kepada empat pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong mendakwa anak-anak mereka ditumbuk dan ditampar oleh seorang guru lelaki dua hari lepas dan bercadang membuat laporan polis.

Ibu bapa kepada empat pelajar lelaki  Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong mendakwa anak-anak mereka ditumbuk dan ditampar oleh seorang guru lelaki dua hari lepas dan bercadang membuat laporan polis.

Fatimah Fadzil, 43, berkata laporan polis bertujuan melindungi anaknya  sekiranya berlaku kemudaratan akibat tindakan guru tersebut pada masa depan.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Katanya beliau tidak mempertikai hukuman yang dikenakan ke atas anaknya dan tiga rakannya yang lain sekiranya benar mereka melakukan kesalahan, tetapi cara hukuman itu dilaksanakan adalah tidak beretika.

Beliau berkata sebarang bentuk hukuman seharusnya dilaksanakan dengan cara merotan bukan menampar atau menumbuk.

“Kejadian ini juga mungkin tidak dilaporkan kepada Pengetua kerana kami tidak dihubungi sehingga hari ini. Kami akan hanya menemui Pengetua selepas membuat laporan polis petang ini,” kata Fatimah kepada pemberita hari ini.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →
See also  EKTA scholarships encourage Sikh youth to consider TVET careers

Keempat-empat pelajar berkenaan merupakan pelajar tingkatan dua.

Alias Ahmad, 63, bapa kepada seorang lagi pelajar berkata, beliau juga tidak mempersoalkan tindakan tatatertib oleh pihak sekolah tetapi setiap hukuman ke atas pelajar perlu dilaksanakan dengan tujuan untuk mendidik.

– Bernama