Kemeriahan Vaisakhi 1Malaysia di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR – Menurut Najib, perhimpunan seperti ini adalah lambang kedamaian dan keharmonian bangsa Malaysia.

Rumah terbuka Vaisakhi 1Malaysia dirasmikan oleh Perdana Menteri

Rumah terbuka 1Malaysia Vaisakhi malam tadi telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak di Dataran Merdeka dan dihadiri oleh lebih seribu orang.

Pelbagai acara menarik telah diadakan antaranya persembahan tarian Bangra dan nyanyian yang berjaya menarik bukan sahaja dari kaum Sikh malahan kaum-kaum lain seperti masyarakat Tiong Hua, Melayu, India dan juga pelancong asing.

Antara kaum tiong hua yang menyaksikan persembahan pentas

Dalam ucapan perasmian, Najib telah mengumumkan bahawa mulai tahun hadapan semua kakitangan awam yang berbangsa Sikh akan diberi pelepasan khas sempena hari Vaisakhi bagi merayakan dan melaksanakan upacara keagamaan.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Diantara tetamu yang hadir memeriahkan majlis

Najib juga menambah, perhimpunan seperti ini adalah lambang kedamaian dan keharmonian bangsa Malaysia terutama kaum Sikh yang berkumpul pada malam ini dan ia sesuai diadakan disini. Bukan seperti yang berlaku pada perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu.

Orang ramai berkumpul menikmati juadah yang disediakan

Perayaan Vaisakhi (bahasa Panjabi: ਵਸਾਖੀ, vaisākhī, juga dikenali sebagai Baisakhi) ialah salah satu pesta menuai kuno di Punjab, yang juga menandakan bermulanya tahun suria baru dan musim menuai baru. Vaisakhi juga membawa kepentingan keagamaan bagi penganut agama Sikh. Vaisakhi jatuh pada hari pertama bulan Vaisakh dalam kalendar Nanakshahi suria, bersamaan dengan 14 April dalam kalendar Gregory.

 

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Ridzuan