Temasya sukan mengeratkan ikatan tiga pihak

BANTING – Temasya sukan tahunan ke-36 telah diadakan oleh Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Sedu Banting pada 23 September.

Temasya sukan tahunan ke-36 telah diadakan di Sekolah jenis Kebangsaan Tamil Sungai Sedu (SKJTSS) Banting pada 23 September.

Temasya sukan ini telah dianjurkan dengan kerjasama pihak PIBG sekolah turut mendapat perhatian dari pihak luar, ADUN, jawatankuasa kuil disekitar dan pihak individu.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Pemilik Athmasuria Sdn. Bhd, Uthayasurian yang menjadi penyumbang utama-baju sukan kepada pelajar dan guru mengalu-alukan penyertaan para kanak-kanak dalam aktiviti sukan bagi membina sahsiah dan minda mereka.

“Temasya sukan sebegini dapat mengeratkan hubungan di antara ibubapa, guru dan murid-murid yang boleh menjurus kepada pembentukan masyarakat harmoni’, katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Manakala B.Subramaniam , guru besar sekolah  pula menyeru ibubapa supaya memberi sokongan kepada kanak-kanak dalam apa jua aktiviti kokurikulum yang dilakukan oleh pelajar bagi membolehkan pelajar-pelajar memberi tumpuan dalam pelajaran.

See also  Malaysian AI badminton review system, Reveal Lens makes international debut


Penyelaras Persekutuan BN Dun Teluk Datuk Ng Siok Hua, yang juga telah menghulurkan sumbangan mengesa agar kemudahan padang yang baik digunakan untuk kebaikan pelajar-pelajar.

“Kerjasama dari pihak ibubapa, guru-guru  serta muruid-murid amat penting bagi kemajuan sesebuah sekolah dan menjana generasi yang cergas pada masa hadapan,”katanya.

Rajeswari