Program ketiga Siri Jelajah “Anwar On Trial” dilangsungkan di Kuala Kangsar Perak, ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak UREKA &Team Perakexpress.
Program Jelajah Forum Perbincangan Buku “Anwar on Trial: In the Face of Injustice”, akan membincangkan sejarah perbicaraan yang mencetuskan kontroversi lewat 1998/1999. Forum akan disampaikan secara santai, kupasan bahasa undang-undang yang mudah difahami rakyat kebanyakan dan diulas oleh panelis yang pakar.
Buku Anwar On Trial nukilan Pawanchek Marican merupakan satu bentuk pendedahan kronologikal bersabit konspirasi terancang ke atas YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membawa kepada penahanan beliau selama 6 tahun di Sungai Buloh. Kupasan ini ternyata menarik memandangkan berlaku kelompongan fakta yang sangat ketara di peringkat pendakwaan sehingga menyebabkan kes ini menjadi batu tanda runtuhnya integriti sistem kehakiman Negara selepas pemecatan Tun Saleh Abas pada akhir tahun 80-an.
2. Perbicaraan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar yang dijadualkan berlangsung pada Januari 2010 ternyata mengulangi kelompongan perbicaraan pada tahun 1999 apabila kredibiliti penuduh, Saiful Bukhari Azlan semakin dipertikai. Ini ditambah dengan birokrasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang masih gagal bertindak ke atas permohonan qazaf yang dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar.
3.Forum ini yang dianjurkan bersama oleh Yayasan Aman dan Kelab Anwar Ibrahim (AIC) bertujuan untuk merungkai konspirasi ini berdasarkan perspektif perundangan sivil dan syariah melalui tokoh-tokoh yang diketengahkan kelak.
0 comments ↓
There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.
Leave a Comment